
“Ah Long Berlesen” – Pinjaman Peribadi ‘GOpinjam’ Dari Touch ‘n Go Terima Banyak Respon Negatif
Pada 1 April 2022, Touch ‘n Go telah melancarkan GOpinjam, pinjaman peribadi digital yang tersedia melalui perkhidmatan Touch ‘n Go eWallet.
GOpinjam merupakan tawaran pinjaman peribadi digital pertama Touch ‘n Go eWallet yang menawarkan pinjaman peribadi dari serendah RM100 hingga RM10,000.
Dengan tempoh pembayaran balik dari 1 minggu hingga 12 bulan, kadar faedah adalah dari 8% hingga 36% setahun bergantung kepada penarafan kredit individu, jumlah pinjaman dan tempoh masa.
Dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan pengguna Touch ‘n Go eWallet berumur di antara 21 hingga 63 tahun dan mempunyai pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM800 sebulan.
Bakal peminjam dikehendaki menyediakan dokumentasi seperti slip gaji, penyata KWSP dengan 3 bulan sumbangan dan resit penerimaan Borang B/BE e-Filing.
Dibiayai di bawah CIMB e-Zi Tunai, GOpinjam merupakan produk perbankan konvensional dan tidak patuh syariah.
Rata-rata netizen menerima berita ini bagaikan satu lawak April Fool’s, apabila ramai yang tidak menyangka pada hari ini masih berlaku penindasan dan amalan riba secara terangan-terangan sedemikian.
Pengguna Facebook, Zainuddin Omar meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui satu hantaran yang dibuatnya berikut:
Bagero lah.
Ini legalize Ah Long atau E-AhLong dan mengamalkan riba.
Apasal Touch ‘n Go bawah CIMB mahu rakyat terbeban dengan hutang?
Spend within your means.
Jangan berhutang untuk prop your lifestyle.
Nasib baik PAS bukan dalam Kerajaan kalau tak mesti dia lawan.
Hantaran beliau tersebut dibuat berdasarkan berita pelancaran GOpinjam seperti yang telah dilaporkan di Facebook SoyaCincau.com.
Di ruangan komen beliau, ramai pengguna Facebook yang lain turut mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa tidak puas hati:
“8% – 36% per annum … (merompak berlesen)” – Tora Radin Harsono
“Dia orang memang nak manusia terjebak dengan hutang dan riba”.. – Kuntai Gerrak
“Ni kalau tak bayar, depa simbah cat warna biru la ya 😅 Argumentnya ‘kami berlesen’” – Ibrahim Rabani
Facebook SoyaCincau.com turut menjadi medan meluahkan rasa tidak puas hati para netizen:
“Ah Long besar suda mari…..” – Triton Mitsu
“Wahhh…use people’s money to loan people at Ah Long rates… what a brilliant money scheme… monopoly summore….superb la” – Alif Irwan
“If I can pay interest between 8-36%, I won’t need a loan.” – Catherine Cheng
Sumber: Facebook Zainuddin Omar, Facebook SoyaCincau.com