
Agong, Permaisuri Berkenan Tidak Menerima Emolumen Diraja Selama 6 Bulan
Caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang dilevikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sudah mula dikutip oleh AirAsia bermula tengah malam 8 Ogos.
BACA: Mahkamah Arah AirAsia Bayar Tunggakan Cukai RM40.6 Juta Kepada MAHB
19 Julai lalu, syarikat tambang rendah AirAsia menerima arahan dari Mahkamah Tinggi untuk membayar tunggakan cukai tersebut sekurangnya RM40.6 juta kepada dan sebanyak RM24 ribu untuk tiga tuntutan sivil oleh MAHB.
Pada awalnya, AirAsia cuma mengutip caj sebanyak RM50/ seorang berbanding kadar RM73/ seorang sebagai protes menentang kenaikan caj yang dikenakan Mavcom sejak 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, caj perkhidmatan penumpang yang sudah mula dikutip dalam kadar penuh iaitu RM73/ seorang telah dijelaskan dalam item tambang sebagai PSC (Dalam Bantahan).
“Kami akan memaparkan tambahan PSC sebanyak RM23 ini sebagai satu item khusus di dalam resit pembayaran agar 5.5 juta penumpang kami yang berlepas dari KLIA2 untuk ke destinasi luar daripada ASEAN setiap tahun dapat menilai sendiri sama ada jumlah yang mereka bayar itu setimpal dengan kemudahan di KLIA2 yang berkualiti rendah.”
Peminat anime kalau ke Jepun, jangan lupa singgah sini.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
Trending now



