
Aduan Pemuda Ini Mengenai Masalah Eskalator Di LRT Lima Tahun Lalu Masih Belum Selesai
Aduan Pemuda Masalah Eskalator Di LRT Lima Tahun Lalu Masih Belum Selesai.
Kemudahan tangga bergerak atau eskalator banyak membantu pergerakan orang ramai ke lokasi yang dituju.
Dalam pada itu, isu-isu keselamatan ketika menggunakan eskalator atau tangga bergerak bukan sesuatu yang harus dipandang ringan sama ada oleh pihak pengurusan atau pemilik sesebuah bangunan mahupun para pengguna.
Namun, jika kemudahan itu hanyalah sekadar hiasan di pandangan mata, pastilah kecewa kerana tidak dapat digunakan dengan sebaiknya.
Seorang pengguna Twitter, Muz @MuzamilIdris memaklumkan kepada syarikat pengangkutan awam di Lembah Klang, Rapid KL mengenai masalah kerosakan eskalator di salah sebuah stesen LRT yang dilaporkan sudah lima tahun tidak dibaiki.
Agak mengecewakan apabila aduan eskalator yang tidak diselenggara pada tahun 2016, masih belum selesai sehingga ke hari ini.

Meninjau pada ciapan lima tahun lalu yang bertarikh 9 November 2016, Muz menerima maklum balas daripada akaun rasmi @AskRapidKL yang menyatakan pihak mereka sedang menunggu alat ganti untuk memperbaiki eskalator berkenaan.
“Maaf atas kesulitan. Buat masa ini kami sedang menunggu alat ganti untuk memperbaiki eskalator berkenaan,” ciap Ask Rapid KL.
https://twitter.com/MuzamilIdris/status/796248232976257024
Bagaimanapun, aduan kerosakan eskalator dilihat tidak menemui jalan penyelesaian apabila Muz sekali lagi bertanya mengenai perkembangan laluan eskalator di LRT berkenaan.
“Dah 5 tahun aku tunggu (tweet asal ni exactly 5 tahun lepas), dah 3 kali tukar kerajaan, escalator ni dari 2016 tak dapat spare part lagi? @MyRapidKL,” ciapnya.
Perkara ini mendapat perhatian netizen di media sosial berkenaan yang mengkritik kredibiliti Rapid KL sekali gus memperlihatkan kelemahan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.
the epitome of public amenities in Malaysia https://t.co/zJ7OGTM1VJ
— Haikal Hanafiah (@_chulat) November 10, 2021
Hello @MyRapidKL @AskRapidKL @MRTMalaysia yang ni berapa tahun pulak? nak buat Projek seni ke? Social experiment ke ni? 2 bulan and still counting β¨ https://t.co/ozFqQgH2So pic.twitter.com/dl1unPz1px
— Timothee Chalamekom.. (@sapetepete) November 10, 2021
i entered uni in 2016, spent time a lot using the lrt station at sri rampai, the escalator operated only ONCE, and then never again, then i graduated 2019, now sambung degree pulak, and itβs still not operating! πππ what a country
— – (@dihahmfrds) November 10, 2021
Namun, ada yang mengatakan berkemungkinan eskalator tersebut bukan di bawah Prasarana memandangkan lokasinya terletak di luar kawasan LRT.
Menerusi maklum balas terkini, Rapid KL mengatakan bahawa eskalator berkenaan bukan di bawah penyelenggaraan pihak mereka.
1/2 Hi, kami memohon maaf di atas kekhilafan maklum balas tweet yang terdahulu. Selepas semakan semula dibuat, kami ingin memaklumkan bahawa eskalator ini bukan di bawah selenggaraan Rapid KL. Bersama ini disertakan gambar sebagai rujukan. pic.twitter.com/HukqWAfGUj
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 10, 2021
Dalam pada itu, @AskRapidKL menyarakan pemuda berkenaan mengemukakan aduan kepada pihak DBKL menerusi pautan yang disertakan.
Walau bagaimanapun, diharap pihak yang bertanggungjawab segeralah memperbaiki kemudahan awam ini.