
Android Sistem Operasi Mudah Alih Terbaik – Microsoft
Kacang hijau bukan sahaja sedap dibuat bubur, malah turut digunakan dalam membuat kuih. Biasanya, untuk merebus kacang hijau ini memerlukan masa yang lama bagi memastikan ianya betul-betul empuk. Pastinya bosan menunggu kacang hijau empuk.
Apa yang perlu dibuat supaya kacang hijau yang direbus cepat empuk. Kami kongsikan kepada cara-cara yang boleh anda lakukan.
Langkah 1:

Rendam terlebih dahulu kacang hijau yang ingin direbus. Rendamkan ia selama 3-4 jam. Lebih elok jika dapat direndam semalaman. Tujuan merendam kacang hijau ini agar ianya lembut sekaligus menjadi cepat empuk apabila direbus.
Langkah 2:

Masak air dalam periuk dan tunggu sehingga air mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan kacang hijau yang direndam tadi. Air yang telah sedia mendidih lebih membantu kacang hijau lebih cepat empuk. Pastikan juga api dalam keadaan sederhana supaya kacang hijau dapat masak dengan sempurna.
Langkah 3:

Apabila kacang hijau telah mengembang, baru masukkan garam atau gula jika ingin menambah perasa. Elakkan memasukkan garam atau gula di awal merebus kacang hijau.
Mudah sahaja caranya supaya kacang hijau yang direbus cepat empuk. Selepas ini, anda tidak perlu lagi bosan menunggu lama ketika merebus kacang hijau. Guna sahaja cara di atas.
Jika anda mempunyai cara lain selain di atas, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring.’