Admin Twitter KKM Sekat Akaun Lelaki Ini Lepas Ditegur Kesalahan Data Dalam Ciapan

Admin Twitter KKM Sekat Akaun Lelaki Ini Lepas Tegur Kesalahan Data Dalam Ciapan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Admin Twitter KKM sekat akaun lelaki ini lepas tegur kesalahan data dalam ciapan.

Pada zaman teknologi ini, media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram menjadi medium penghubung untuk rakyat mendapatkan informasi terkini.

BACA: Budaya ‘Cancel’ Satu Bentuk Buli Siber Yang Jadi Trend Di Twitter

Tidak kiralah daripada agensi kerajaan mahupun individu biasa atau selebriti, semuanya mengguna media sosial sebagai platform interaksi dua hala.

Dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, antara media sosial agensi kerajaan yang sering menjadi perhatian adalah @KKMPutrajaya yang setiap hari menyajikan informasi terkini situasi semasa.

Admin Twitter KKM Sekat Akaun Lelaki Ini Lepas Tegur Kesalahan Data Dalam Ciapan
Sumber: MalaysiaKini

Namun seorang lelaki meluahkan rasa kecewa beliau selepas disekat oleh pihak yang mengendalikan akaun media sosial Twitter @KKMPutrajaya selepas menegur mengenai informasi data kurang tepat yang disampaikan.

Menurut Twitter KKM, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba memberitahu nisbah seorang doktor bagi setiap penduduk di Malaysia adalah 1:454 iaitu lebih baik berbanding 1:500 yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tetapi bagi negara membangun, nisbah sebenarnya yang disarankan adalah 1:400.

Kecewa dengan keadaan terbabit, beliau @ai_square secara terbuka telah mengkritik pihak yang menjaga akaun Twitter KKM iaitu admin Twitter dengan turut menempelkan akaun Dr Adham Baba dalam ciapan sama.

 

Untuk pengetahuan anda, setakat 2019, nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia pada 2019 adalah 1:520. Menjelang 2020, Malaysia menyasarkan nisbah ideal adalah 1:400/

Sebelum ini, berlaku juga beberapa insiden seperti ini, antaranya akaun Instagram Tun Mahathir didapati meninggalkan tanda suka pada beberapa gambar perempuan.

Malah ada juga kejadian yang mana akaun rasmi sebuah jabatan kerajaan kantoi meninggalkan tanda ska pada ciapan-ciapan tidak senonoh.