‘Adidas Kampung’ Jaguh Setanding Kasut Berjenama Dunia 1

‘Adidas Kampung’: Jaguh Setanding Kasut Berjenama Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anda pernah dengar mengenai yang digelar sebagai Adidas Kampung?

Ianya bukanlah kasut dari jenama adidas yang dikhaskan untuk dipakai di kampung sebaliknya merupakan istilah bagi merujuk kepada sepasang kasut hitam buatan tempatan yang memiliki jalur diagonal di sisi kasut, hampir sama dengan but bola sepak klasik jenama adidas.

‘Adidas Kampung’ Jaguh Setanding Kasut Berjenama Dunia
Sumber: Juice Online

Dengan harga sekitar RM10, Adidas Kampung menjadi pilihan ramai orang kerana fungsinya yang kalis air dan mudah kering selain daripada ringan kerana diperbuat daripada getah.

Memandangkan tapaknya yang memiliki ciri melekat, Adidas Kampung sangat sesuai digunakan untuk berjalan di kawasan yang licin seperti batu sungai dan laluan lembab.

‘Adidas Kampung’ Jaguh Setanding Kasut Berjenama Dunia 3

Walaupun sudah lama berada dalam pasaran, Adidas Kampung mula mendapat perhatian selepas seorang penoreh getah, Danny Kuilin Gongot berjaya memenangi tempat keempat dalam Kejohanan Climbaton Gunung Kinabalu pada tahun 2011.

‘Adidas Kampung’ Jaguh Setanding Kasut Berjenama Dunia 2
Sumber: Just Run Lah!

Dikeluarkan oleh pelbagai jenama, antara jenama kasut Adidas Kampung yang menjadi pilihan orang ramai untuk melakukan aktiviti luar ialah Cap Gajah, Bowling dan Osaki.

Kalau dahulu warna yang ditawarkan hanyalah hitam dengan satu reka bentuk sahaja, Adidas Kampung kini semakin divariasikan warna dan reka bentuknya supaya kekal relevan setiap masa mengikut cita rasa pembeli.

Orang Semenanjung mungkin mengenali kasut ini dengan nama kasut getah sahaja, tetapi di Sabah…

Kalau di Sabah dipanggil Adidas Kampung. Paling tahan lasak ni bosku 😂.

Posted by Sabah Info on Friday, 6 December 2019