Sut Iron Man Adam Savage

Adam Savage Hasilkan Sut Iron Man Mampu Terbang Dan Kalis Peluru

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam banyak-banyak karakter MCU, watak adiwira Iron Man dikatakan paling berpeluang untuk direalisasikan di alam nyata; sekurang-kurangnya dalam bentuk yang lebih humble. Bintang Mythbusters, Adam Savage bersama pasukannya telah membuktikan bahawa sut Iron Man sebenarnya boleh dihasilkan di alam realiti.

BACA: Iron Man Didakwa Bakal Kembali Dalam Disney+

Mendokumentarikan penghasilan ini dalam siri bertajuk ‘Savage Builds’, idea penghasilan sut Iron Man ini timbul semasa beliau mengetahui tentang kewujudan syarikat EOS, iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan cetakan logam 3D.

Sut Iron Man Adam Savage

Sut rekaan Adam Savage ini juga dikatakan mempunyai fungsi yang sama seperti sut Tony Stark iaitu kalis peluru dan mampu terbang. Dengan menggunakan beberapa enjin mini jet, sut ini mampu terbang dengan jarak kira-kira 15 kaki dari tanah.

Untuk tonton proses penghasilan sut Iron Man ini, anda klik di pautan bawah:

Tahukah anda, gaji bagi pelakon yang memegang watak Iron Man, Robert Downey Jr sekurang-kurangnya $75 juta dalam filem Avengers: Infinity War. Dalam filem Spider-Man: Homecoming, walaupun bukan sebagai watak utama beliau memperoleh $5 juta untuk tiga hari penggambaraan.

Baru lebih seminggu filem Avengers: Endgame di layar lebar seluruh dunia, ia sudah berjaya mencipta rekod pecah panggung apabila meraih jualan kira-kira RM5.9 bilion dalam tempoh lima hari tayangannya jauh lebih pantas berbanding rekod jualan Avengers: Infinity War.