Nabi Yusuf Datuk Seri Najib

Adakah Wajar Untuk Menyamakan Kisah Nabi Yusuf Dipenjarakan Dengan Kes Datuk Seri Najib?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ruangan media sosial kini dipenuhi dengan status-status, hantaran dan ciapan netizen berkenaan hukuman penjara yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Terdapat juga sesetengah warganet menganggap dan menyamakan hukuman penjara yang dikenakan ke atas ‘bossku’ ini seperti kisah Nabi Yusuf AS yang diriwayatkan pernah menerima hukuman yang sama.

Adakah kisah Nabi Yusuf AS dipenjarakan ini wajar disamakan dengan kes Datuk Seri Najib Razak?

Zulhafidz Yahaya dari Cycle Design telah memberikan pandangannya melalui hantaran di Facebooknya berikut:

Nabi Yusuf Datuk Seri Najib

Tolonglah jangan samakan Kisah Nabi Yusuf A.s dengan Najib Razak.

Tolonglah.

Tolong.

Ko nak samakan dengan Mandela dipenjarakan pun payah.

Ada jugak yang samakan dengan Hamka dipenjara.

Pesalah undang-undang, yang telah dibicarakan di 3 mahkamah, berpuluh saksi dan terbukti, itu bukan musibah atau kecelakaan atau ujian.

Itu boleh jadi kaffarah atau pembalasan di dunia.

Tolong bezakan istilah-istilah musibah, kecelakaan, ujian, cabaran, kesalahan undang-undang, pecah amanah, khianat, etc.

Jangan pukul rata semuanya itu musibah.

Dan kaffarah yang diturunkan itu dari Allah swt, dan Allah swt juga memberikan manusia akal untuk memilih, berdasarkan keadaan dan kawalan terhadap iman, hawa nafsu, kekuasaan, jawatan, dan tahap keyakinan serta takut kepada yang Maha Melihat.

Jadi tak boleh salahkan Allah swt yang susun seseorang itu dipenjarakan kerana kesalahannya, walhal Allah swt beri peluang dengan akal, ilmu, penasihat-penasihat agama, dan macam-macam lagi atas kapasiti seorang manusia berjawatan.

Jasa, tetap jasa. Kesalahan, tetap kesalahan.

Sama juga jangan salah guna istilah khilaf dalam kesalahan jenayah.

“Dia terkhilaf RM42 juta”

Itu bukan terkhilaf.

Juga, dosa peribadi seperti zina, arak, tak pakai tudung, tak solat, etc, jika tak melibatkan manusia lain, ia adalah dosa peribadi.

Dosa peribadi boleh berteleku seorang diri, taubat, menangis, dan mohon diampunkan, penuhi syarat bertaubat dan tidak ulangi dosa itu dan yakin Allah swt ampunkan.

Dosa umum, pecah amanah wang rakyat, khianat wang rakyat, adalah lebih besar dari dosa peribadi.

Dosa ini perlu kembalikan hak-hak yang telah dikhianati itu, kepada yang berhak menuntutnya di dunia dan akhirat.

Sekiranya ia adalah hak keseluruhan rakyat di negara itu, seluruh rakyat berhak tuntut hak mereka di dunia dan akhirat, walau dari seorang kafir.

Sebab itu, amanah dan tanggungjawab seseorang yang bergelar pemimpin, yang menjawat jawatan tertinggi negara, yang memegang perbendaharaan negara, amat besar dan berat.

Ia juga tanggungjawab pihak-pihak yang berkaitan di bawah naungan pemimpin tersebut.

Takutlah dengan amanah, ia amat berat dan boleh menghancurkan gunung jika diletakkan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini ke atasnya.

Sedangkan rusa yang mematah tanduk rusa lain juga akan dikembalikan haknya, apatah lagi hak jutaan rakyat dari berbillion wang negara.

Sumber: Zulhafidz Yahaya