bundaberg

Adakah Setiap Bahan Yang Lalu Proses Penapaian Itu Haram?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular beberapa hari kebelakangan ini akan status minuman berbrew yang popular daripada Australia iaitu Bundaberg diletakkan di rak tidak halal.

Hal ini menjadi pertikaian netizen di media sosial apabila ada juga yang meragui kesahihan minuman tersebut.

Seorang pengguna Twitter dengan akaun bernama, ammardathinker telah memberi penerangan tentang makanan atau minuman yang melalui proses brew ini.

Menurut terjemahana Bahasa Malaysia, brewing ini bermaksud penapaian.

Untuk berlakunya proses penapaian ini, memerlukan keadaan di mana kuman, gula dan juga persekitaran yang kurang oksigen untuk terhasilnya bahan baru daripada proses ini.

penapaian

Beliau juga turut memberi beberapa contoh makanan yang melalui proses penapaian, antaranya adalah seperti roti daripada mauripan yis dan juga buah durian.

Walaupun proses penapaian berlaku, namun kita ingin mengambil manfaat daripada makanan tersebut dan bukannya ingin mendapatkan alkohol yang dihasilkan.

Beliau juga turut memberi contoh tuak nira yang melalui proses penapaian. Pada peringkat awal pengekstrakan, ia masih halal untuk diminum.

Sekiranya dibiarkan berlaku proses penapaian dan menanti untuk mendapatkan perapan air tapai itu, maka ia menjadi haram.

penapaian

Beliau turut berkongsi sebuah buku untuk rujukan ramai berkenaan isu ini iaitu buku Halal & Haram Dalam Islam daripada Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

Apa pula pandangan anda?

BACA: Guna Tulang Haiwan, Lebih 120 Jenama Penapis Air Diragui Status Halal