
Adakah Kebakaran Hutan Seluruh Dunia Petanda Kiamat Seperti Yang Tercatat Dalam Surah Ad-Dhukan?
Surah Ad-Dhukan, Al-Dukhan atau Ad-Dhukon merupakan surah ke-44 dalam Al-Quran yang terdiri daripada 59 ayat. Ad-Dhukan membawa maksut kabut, jerebu atau asap.
Dalam surah ini terkandung amaran Allah SWT kepada kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan dengan azab semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dasyat.
Sudah hampir sebulan masalah jerebu melanda Malaysia dan Singapura akibat daripada kebakaran hutan di Indonesia dengan pendedahan daripada Laporan Antarabangsa yang menyatakan bahawa 31,367 kebakaran berlaku di Indonesia dengan penemuan sebanyak 1,278 titik panas dikesan satelit Terra 10 September lalu.
BACA: Menteri Indonesia Nafi Jerebu Malaysia Berpunca Dari Wilayah Sumatera, “11 Bulan Hirup Udara Segar Daripada Kita, Malaysia Tak Tahu Bersyukur” – Timb. Presiden Indonesia
Bukan sahaja Indonesia, malah di Greeece, Spain seluas 2,000 hektar hutan negara dilaporkan terbakar baru-baru ini sehingga menyebabkan api merebak ke Madrid. Belum lagi lihat di Turki, Perancis, hutan Amazon Brazil dan di Malaysia sendiri pun ada!
Perkaitan peristiwa ini dengan surah Ad-Dhukan?
Dalam surah Ad-Dhukan ada disebutkan mengenai sebelum keluarnya Imam Mahdi dan Dajjal, akan berlakunya peristiwa asap tebal (dukhan) selama 40 hari 40 malam yang mana dunia akan gelap gelita kerana tiada cahaya matahari dapat menembus bumi. Bukan itu sahaja, sumber tenaga elektrik, ekonomi, teknologi turut musnah selain daripada sumber makanan yang tiada dan keadaan sungai yang mengering.
https://www.instagram.com/p/B0xurNYjxUz/
Banyak perkaitan peristiwa mengenai hari kiamat sudah dilaporkan antaranya pada Jun lalu yang mana NASA telah memberi amaran bahawa akan ada asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris sepanjang 40 meter akan menghentam bumi pada 9 September lalu. Namun dengan kuasa Allah, Alhamdulillah ianya tidak berlaku.
Antara yang lain ialah Sungai Eufrat dan Sungai Tigris di kawasan Timur Tengah yang berkaitan dengan peradaban Mesopotamia pula semakin mengering sedangkan ianya merupakan sungai terpanjang di bahagian barat yang mana mata airnya berada di Anatolia, Turki dan muaranya di Teluk Persia.
Untuk tahu mengenai surah Ad-Dhukan ini, anda bolehlah tonton video penuh bacaan surah Ad-Dhukan berserta terjemahannya di pautan bawah:
Moga kita semua sentiada bersedia menghadapi hari ini. Kiamat itu pasti, jadi banyakkan melakukan amal ibadah sebagai bekalan untuk membantu kita di masa hadapan.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/