Nusyuz Keganasan Rumah Tangga

Adakah Dikira Sebagai Nusyuz Jika Isteri Nekad Keluar Rumah Akibat Keganasan Rumah Tangga?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jumlah kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak 42% iaitu sebanyak 7,468 kes direkodkan tahun lalu berbanding hanya 5,260 kes pada tahun 2020.

Jumlah yang sangat menyedihkan ini turut melibatkan golongan isteri yang hanya berdiam diri kerana bimbang didakwa sebagai nusyuz atau ingkar mentaati perintah suami.

Penerimaan masyarakat mengenai erti nusyuz yang sebenar juga didapati masih kurang jelas setelah banyak laporan diterima mengenai kes isteri yang kerap dipukul tetapi tidak mahu dianggap nusyuz kerana risau bakal hilang hak penjagaan anak mereka.

Bagi membincangkan persoalan tersebut, peguam Kheyr Hameed dari Khairiah & Co. telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya.

Sama-samalah kita jadikan perkongsian ini sebagai iktibar bagi membantu mengurangkan kes keganasan rumah tangga di Malaysia.

1 Nusyuz Keganasan Rumah Tangga

“Madam, dia nak charge saya nusyuz sebab saya keluar dari rumah.”

Laa, kan puan keluar rumah sebab dia pukul. Ada laporan polis dan kesihatan kan. IPO pun dah mohon. Biar je laa.”

“Tapi kakak ipar saya kata nanti saya tak dapat hak jagaan anak sebab ada charge nusyuz.”

“Nusyuz tu bukan kat mulut suami, ianya pada kuasa Hakim Syarie. Puan keluar rumah sebab suami mudaratkan puan. Anak-anak pun ada dengan puan sekarang ni. Nusyuz tu efek pada nafkah harian isteri. Hakim syarie takkan sewenang-wenangnya bagi perintah kembali taat bilamana puan sendiri dimudaratkan dan keluar rumah untuk selamatkan diri.”

Dia diam.

“Puan diri depan cermin, tengok lebam kat pipi dan tangan tu. Puan dah failkan fasakh lagi pun. Saya tak tahu apa akan jadi pada puan kalau puan balik rumah tu lagi. Nasihat saya, tak payah balik. Duduk rumah mak ayah.”

(Dalam kes ni, mak ayah sangat supportive. Mak mangsa domestic violence ni follower I tau. “Hi Acik.”)

By the way, mangsa ni ada Degree Electrical Engineering. Pelajar bijak dari zaman sekolah. Gaslighting dari suami buat dia jadi dungu, penakut dan tidak bersemangat. Alhamdulillah, dia sedang menjalani terapi dengan psikatri sekarang.

Tolong ingat ye, kalau dah kena pukul…tolong buat laporan polis dan dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital kerajaan. Jangan tarik balik report. Kalau anggota PDRM enggan terima laporan dan mengatakan “alaa kecil je ni, gaduh laki bini biasa la.” Tolong ambil pen dan kertas, tengok nombor badan dan nama anggota (ada pada uniform dipakai) catatkan nombor dan nama mereka. Maklumkan bahawa laporan kepada integriti akan dilakukan kerana enggan menerima laporan keganasan rumah tangga.

BACA: Dituduh Normalisasi Keganasan Rumah Tangga, Ceramah Oki Setiana Dewi Undang Kecaman Netizen

Sumber: Facebook Kheyr Hameed