penagih dadah

Adakah Anda Akan Bantu Pencuri Tabung Masjid Walaupun Tahu Dia Seorang Penagih Dadah?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki dimandikan seperti ‘jenazah’ kerana cuba mencuri tabung masjid. Susulan daripada itu, Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur telah memerintah agar remaja berkenaan iaitu Daniel menjalani hukuman penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000.

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen, ada yang berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan, ada juga yang mahu lelaki berkenaan dibantu.

Seorang pengguna Facebook bernama Cikgu Fadli Salleh berkongsi pengalaman beliau membantu seorang bekas penagih dadah yang kini telah berjaya menjalani kehidupan normal. Mari kita ikuti kisah beliau.

Kisah seorang penagih dadah

Bila terbongkar tentang anak muda curi duit tabung masjid itu rupanya penagih dadah, ada terus komen sindiran kat aku.

“Hah. Kan dah kata, jangan cepat tulis apa-apa. Rupanya lelaki itu penagih dadah. Cikgu nak tolong dan nak bekap penagih dadah ke pula?”.

Tajam komen dan sindirannya. Komen hampir sama ada je masuk dalam group wasap, kat pm, kat post di page media sosial yang share kes itu.

Aku tak reply apa-apa. Malas nak tambah celaru. Dah orang nak sindir, nak mengata, kita senyum sajalah. Tak perlu nak bersungguh cerita apa tujuan kita kat ruangan komen. Kita buat post terus. Baru zoler. Wakaka.

Ni salah satu brader yang Dana Kita bantu. Bekas penagih syabu lebih 10 tahun lamanya. Dipinggir adik-beradik, sanak saudara, orang sekeliling.

Semua pandang hina. Ada kes kecurian, orang pakat tuduh dia walau dia tak buat apa-apa.

Rosak teruk emosi, rasa tersisih, rasa dijauhi, rasa dibenci. Dan sikap orang sekeliling tidak membantu dia untuk keluar dari ketagihan, bahkan hanya memburukkan.

Brader ni, dua tahun lalu tiada apa. Rumahtangga hampir hancur. Rumah sewa pun tiada apa.

Peti ais pun tiada, tv tiada, kenderaan pun tiada. Pergi kerja naik LRT saja.

Lepas aku tahu dia nekad nak berhenti, aku support penuh, bagi semangat, bagi dorongan dan bantu dia.

Bagi peti ais, bagi motor, bagi sokongan, tunjuk peluang kerja yang lebih baik.

Hari ini selepas dua tahun, dia telefon dan cari aku. Bercerita kehidupan semasa yang jauh lebih elok. Najis dadah dah ditinggalkan.

Kerja dan gaji sekarang lebih tinggi, kewangan lebih stabil. Dan kini dia merancang nak tambah lagi pendapatan dengan berniaga sampingan pula. Nak cari kereta 2nd untuk bermula.

Cara dia bercerita, penuh semangat dan kesungguhan. Berkali-kali dia ucap terima kasih kerana bantu dan sokong dia saat dia dihina, dibiarkan, dan dipandang serong suatu ketika dahulu.

Hari ini dia tampil sebagai seorang lelaki yang baru, seorang suami yang baru, seorang ayah yang baru, dan seorang warga masyarakat yang boleh menyumbangkan bakti pada orang sekeliling pula.

penagih dadah

Penagih dadah ni ramai yang aku jumpa dan cuba bantu. Sebahagian mereka berjaya, sebahagian mereka terus hanyut dalam dunia khayalan mereka.

Dan jika kes kali ini orang bertanya pada aku samada secara sindir sinis atau jujur.

“Adakah aku nak bantu anak muda pencuri tabung masjid walau tahu dia seorang penagih dadah?”

Jawapannya Ya.

Aku akan bantu semampu aku. Kerana dia manusia. Dan manusia boleh berubah.

Lagi pun dia masih sangat muda. Baru cuba-cuba hisap dadah. Dadah pula dadah sintetik. Bukan dadah tulen. Makin mudah nak tarik dia keluar dari ketagihan itu.

Suatu hari nanti, tidak mustahil anak muda ini menjadi orang yang disegani, berbakti pada masyarakat dan membantu ramai orang lain pula.

Begitulah.

Kisah kehidupan tidak semuanya indah. Namun alangkah beruntung jika ada yang sudi membantu

BACA:
Bagaimana Budak 15 Tahun Berjaya Bina Empayar Dadah Hingga Dikenali Sebagai Kartel Paling Kejam Di Dunia

Sumber: Cikgu Fadli Salleh