Poligami

Adab Poligami – Ramai Lelaki Melayu GAGAL, Hanya Sekadar Ikut Sunnah Nak Kahwin Sampai 4

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Poligami itu indah. Namun, adab berpoligami itu perlulah dituruti serta benar-benar mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Inilah yang ingin disampaikan oleh Karya Kayra melalui hantaran di Facebooknya ini yang berpendapat rata-rata lelaki Melayu di Malaysia masih gagal untuk memahami konsep tersebut.

Kenapa agaknya dia berkata demikian? Jom baca perkongsian menarik ini yang wajar dijadikan sebagai renungan dan peringatan untuk kebahagiaan rumah tangga bersama.

Poligami

Poligami: Mengapa Lelaki Melayu Ramai Tidak Layak?

Seandainya Lelaki-Lelaki Melayu berpoligami mengikut Sunnah Rasulullah SAW pasti ramai Wanita Melayu bersedia untuk berpoligami kerana keindahan poligami itu sendiri.

Tetapi ramai Lelaki Melayu Islam yang GAGAL.

Sunnah pada Poligami BUKAN “nikah sampai empat”. Sunnah Poligami Rasul itu ada adab-adabnya.

Antara Adab ber-Poligami adalah:

1) Sentiasa menunjukkan contoh baik sebagai Suami kepada Isteri Sedia Ada (ini paling penting),

2) Mampu bertanggungjawab sepenuhnya dengan adil dan saksama dengan Isteri Sedia Ada sebelum menerima Isteri Baharu.

Seandainya Isteri Sedia Ada perlu bekerja menanggung kos rumahtangga sepanjang perkahwinan kerana si suami pandai memutar belit kata, contohnya suami ada duit berbasikal mahal, bermotor besar, berkereta mewah tetapi Nafkah Isteri tidak pernah beri dan isteri kena menanggung diri sendiri, maka Lelaki itu tidak-layak berpoligami.

Keadilan pasti tiada jika Isteri Sedia Ada bekerja keras untuk keluarga hidup selesa, sedang Isteri Muda hanya datang menumpang senang.

Di dalam Penulisan ini saya akan sentuh DUA dari beberapa Sunnah sebenar Rasulullah SAW berkaitan Poligami:

SUNNAH PERTAMA:

MENIKAHI BALU YANG KEMATIAN SUAMI.

Balu-balu yang kematian suami memerlukan seseorang lelaki yang mampu mengambilalih tanggungjawab suaminya yang sudah meninggal dunia.

Di Malaysia ada sepasang Suami Isteri yang saya kenal. Saya namakan Suaminya A dan Isterinya B. Rakan baik A kemalangan tetapi sebelum dia meninggal dunia, dia berpesan agar si A menikahi isterinya seorang yatim piatu yang tidak pernah bekerja dan menghidap barah rahim.

Suami isteri itu A dan B datang menemui saya, bertanya adakah pesanan itu satu wasiat?

Saya jawab:

Ianya sekadar pesanan tetapi atas dasar IHSAN sesama manusia, adakah suami itu mampu mengambilalih tanggungjawab itu dan adakah isteri tahu suaminya seorang yang baik dan boleh berlaku adil jika berpoligami?

Isterinya berkata perlahan sambil memandang suaminya:

“Suami saya seorang yang sangat baik kepada saya dan anak-anak. Dia sediakan segalanya untuk rumahtangga dan memberi nafkah kepada saya setiap bulan sejak bernikah hingga sekarang walaupun saya bekerja. Gaji saya untuk diri saya sahaja.”

Mereka suami isteri yang sudah berkahwin selama 16 tahun itu orang-orang yang baik. Jadi saya cuma tambah perkara IHSAN untuk difikirkan mereka sebelum membuat keputusan.

Ya.. mereka suami isteri membuat keputusan untuk berpoligami dan menjaga isteri muda yang sakit itu bersama-sama, termasuk menanggung kos perubatan wanita itu dan menanggung persekolahan satu-satunya anak wanita itu, sehingga isteri muda itu menghembuskan nafas terakhir.

Kini satu-satunya anak dari Arwah Isteri Muda masih tinggal bersama pasangan suami isteri yang baik itu. INILAH POLIGAMI CARA RASULULLAH SAW. Berlaku di Malaysia. Tetapi Satu Sahaja Dalam 32 Juta Manusia.

Lelaki-Lelaki di Malaysia kebanyakannya  memilih janda dan anak dara untuk berpoligami tetapi DALAM KEADAAN BUTA MATA DAN BUTA HATI.

Hanya Janda Cantik Kaya sahaja yang dipilih. Manakala Balu hidup susah bersama anak-anak yang ramai tidak mahu dinikahi pula. Sudah Kaya Bantulah Balu Susah itu tapi tidak mahu.

Mengaku Kaya tetapi sebaik dapat Bini Baru DIBUANG TERUS Isteri Sedia Ada. Lalu bagaimana Lelaki-Lelaki Melayu itu layak disebut mengikut Sunnah Rasulullah SAW?

SUNNAH KEDUA:

MENIKAHI ANAK DARA BAGI TUJUAN MELAHIRKAN ILMUAN PAKAR BERKAITAN WANITA.

Mengapa Rasulullah SAW menikahi Saidatina Aisyah sebelum Aisyah baligh lagi?

Ianya bertujuan bagi melahirkan Pakar Feqh Wanita Islam dan Pakar Hadith berkaitan wanita.

Saidatina Aisyah dipilih oleh Allah SWT kerana Aisyah terkenal dengan kecerdikan akalnya dan ketangkasan tubuhnya melebihi kanak-kanak lain ketika itu. Rasulullah SAW tidak-meniduri Saidatina Aisyah selepas bernikah tetapi Aisyah sudah mula dibimbing Rasulullah SAW berkaitan Feqh Wanita dan Ilmu Hadith sehingga Aisyah menjadi seorang Ilmuan Wanita pada zaman di mana Wanita-Wanita Musyrikin dinafikan Hak Untuk Bersuara.

Kemuliaan Wanita diangkat tinggi dengan hadirnya Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW menikahi Anak Dara untuk membimbing Anak Dara itu menjadi seorang Pakar Feqh dan Pakar Hadith TERULUNG di dalam Sejarah Islam, TANPA MENCERAIKAN isteri-isteri sedia ada Baginda.

Lelaki Melayu di Malaysia?

Nikah Anak Dara, Tinggalkan Isteri Sedia Ada dan Buat-Buat Lupa ada anak dengan bekas-isteri.

Anda sebagai Lelaki Melayu yang mengaku Islam sendiri menyebabkan Wanita Melayu Islam di Malaysia tidak mahu berpoligami.

Anda tunjukkan kepada Wanita Islam di Malaysia betapa bangganya anda dalam perkara nikah ramai dan ceraikan isteri setelah menjadi kaya.

Anda Gagal Sebagai Lelaki Islam.

Lalu bagaimana anda Tanpa Tahu Malu masih mahu menyebut “ikut sunnah” sedangkan anda dan rakan-rakan lelaki anda BERAMAI-RAMAI GAGAL memahami Sunnah Seorang Rasul?

Girls..

Anda sebagai Anak Dara tidak mampu dibimbing Suami Orang hingga menjadi Pakar dan Bijak Pandai untuk Agama dan Negara, sekadar untuk Lelaki Tua itu buat “Modal Geli-Geli” dia sahaja, baiklah anda bernikah dengan Lelaki Bujang.

Kayra, Putrajaya.

#sisterhood
#sayNOtoSuamiOrang

BACA: ‘Isteri Sedia Ada’ Kini Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

Sumber: Karya Kayra