aftermath-true-story

Ada Penghuni Tidak Diundang, Ini Kisah Seram Sebenar Di Sebalik Filem ‘Aftermath’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem seram Aftermath merupakan salah satu filem yang berjaya menduduki carta 10 teratas di Netflix Malaysia.

BACA: ‘ROH’ (2020) Bukan Filem Seram Cliche

Dengan plot yang membuatkan penonton tak senang duduk, tahukah anda filem ini sebenarnya diadaptasi daripada sebuah kisah benar.

Aftermath mengisahkan mengenai hubungan pasangan yang menanti belah, Kevin dan Natalie yang mencari solusi untuk mengembalikan semula keharmonian rumah tangga mereka.

aftermath-trailer-ashley-greene-shawn-ashmore-1628063661

Kevin bekerja sebagai pencuci tempat jenayah akhirnya memutuskan untuk berpindah ke rumah yang baru sahaja beliau cuci di mana kejadian seorang suami menembak isterinya sebelum menembak dirinya sendiri.

Namun selepas sahaja berpindah ke rumah berkenaan, banyak perkara aneh mula berlaku. Antaranya dikejar individu misteri dan anjing mereka sakit diracun.

https://www.youtube.com/watch?v=Xr0QUzBAcsc

Berdasarkan kehidupan sebenar

Di awal filem, penonton sudah diberitahu bahawa filem ini adalah berdasarkan kisah yang berlaku di dunia sebenar.

Pasangan dalam kehidupan sebenar yang mengalami kejadian misteri ini ialah Jerry Rice dan Janice Ruhter.

Kisah Seram Sebenar Di Sebalik Filem ‘Aftermath’ Di Netflix 1
Sumber: ABC7 New York

Pada tahun 2015, mereka telah bercerita kepada umum mengenai kisah misteri yang mula menghantui kehidupan mereka selepas berpindah ke rumah yang baru dibeli di San Diego.

Janice pada ketika itu sedang sarat mengandung.

Sama seperti dalam filem, rumah mereka didatangi dengan puluhan kiriman barangan yang tidak dibeli – tetapi dibeli menggunakan kad kredit.

Keadaan menjadi lebih buruk ketika Janice selesai melahirkan. Yang paling mengerikan apabila ada iklan yang memaparkan nama, gambar serta alamatnya bagi tawaran melakukan hubungan intim ketika suaminya bekerja di luar daerah.

Akhirnya misteri terungkai apabila seorang wanita 53 tahum Kathy Rowe yang membeli hartanah dari blok sama mengaku bersalah dan mendakwa masalah tersebut berpunca daripada tekanan menjaga anaknya yang kurang upaya serta suaminya yang tidak sihat.

Kisah Seram Sebenar Di Sebalik Filem ‘Aftermath’ Di Netflix 2
Sumber: ABC News

Kathy kemudiannya dijatuhkan hukuman berada di bawah pengawasan pihak berkuasa dan lima tahun percubaan. Kes berkenaan diklasifikan sebagai kes berprofil tinggi di San Diego.

Anda boleh tonton filem seram Aftermath di Netflix sekarang.