Doktor Jelaskan Fungsi Interaksi MySJ Trace

‘Ada Interaksi Walaupun Duduk Rumah?’ – Doktor Jelaskan Tentang Fungsi MySJ Trace

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kementerian Kesihatan Malayia (KKM) telah pun memperkenalkan ciri baharu menerusi aplikasi MySejahtera iaitu MySJ Trace untuk membolehkan pengesanan kontak rapat yang lebih sistematik.

Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin memaklumkan MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth, akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan. Menerusi ciri baharu ini, ciri check-out tidak lagi digunakan.

Bagaimanapun, ciri baharu ini menimbulkan kekeliruan orang ramai. Bagi mereka yang sudah mengaktifkan ciri MySJ Trace, akan mendapati aplikasi itu mempunyai notifikasi ‘interaksi’ walaupun berada di rumah.

Justeru, Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Mahesh Appannan di laman Twitter menjelaskan bagaimana ciri pengesanan itu berfungsi.

“Biar saya jelaskan 3 perkara yang mungkin anda persoalkan; mengapa ada interaction walaupun saya duduk di rumah sahaja?, adakah MySJ Trace mendedahkan data saya bila ada “interaction”? (langsung tidak) dan mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?,” ciap Mahesh.

1) Mengapa ada “interaction” walaupun duduk di rumah?

Disebabkan signal bluetooth boleh dikesan hingga 10 meter. Mungkin telefon anda sedang mengesan jiran (termasuk di tingkat atas / bawah / unit sebelah di pangsapuri).

Namun, ini tidak bermaksud anda terus menjadi “casual contact” kerana algorithm mengambil kira kekuatan signal.

Ini juga sebab jumlah “interaction” mungkin berbeza antara anda dan suami/keluarga walaupun keluar sama2.

Ia bergantung pada banyak faktor yang boleh menghalang signal (badan, alat lain, kunci elektronik, dll) serta faktor seperti kedudukan telefon, contohnya sama ada dipegang atau berada di dalam poket.

Rakyat di Singapura pernah tanya soalan yang sama. Ini terus dari laman sesawang Trace Together.

Doktor Jelaskan Fungsi Interaksi MySJ Trace

2) Adakah MySJ Trace mendedahkan data saya apabila ada “interaction”?

Langsung tidak. Data disimpan di fon anda sahaja. Jika positif COVID, anda akan diminta untuk muat naik sejarah 14 hari supaya notifikasi dihantar kepada orang yang dikira kontak. Ini memerlukan “explicit consent”.

Jika anda tidak menjadi positif COVID, data anda tidak akan dimuat naik (dipadamkan lepas 14 hari).

Dan jika tidak positif COVID pun, jika kebenaran tidak diberi, data “interaction” yang disimpan di fon anda tidak akan dimuat naik. Ini kaedah sama yang dipakai di negara seperti UK dan Singapura.

3) Mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?

Seperti yang dimaklumkan, sistem MySJ Trace mementingkan aspek keperibadian maklumat. Ia tidak memerlukan apa2 usaha pengguna kecuali aktifkan MySJ Trace.

Namun, bukan semua orang yang akan guna sistem ini. Oleh itu, pihak KKM juga memerlukan data untuk melakukan pengesanan kontak secara pantas, terutamanya jika melibatkan potensi kluster besar.

Gabungan MySJ Trace dan check-in membolehkan pengesanan kontak secara automatik (dengan cara yang memastikan keperibadian data), di samping menjana data yang kritikal untuk pasukan kesihatan awam di KKM.

Jelasnya, KKM amat menyarankan orang ramai menggunakan MySJ Trace sebagai tambahan kepada fungsi daftar masuk MySejahtera kerana fungsi terbaru itu turut menganalisis jarak antara pengguna, berdasarkan kekuatan signal.

BACA: 9 Fakta Tentang MySejahtera Yang Anda Tidak Tahu