Bahaya Bawa Bayi Tonton Wayang

Ada Ibu Bapa Bawa Bayi Masuk Pawagam, Doktor Kongsi Kesannya Boleh Datangkan Bahaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menonton wayang merupakan salah satu aktiviti santai yang digemari orang ramai.

Ditambah pula dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak pawagam yang semakin baik dari segi perkhidmatan serta kualiti audio visual membuatkan menonton wayang merupakan sesuatu yang seronok untuk dilakukan.

Namun begitu, perasaan seronok itu boleh terbantut apabila terdapat gangguan dalam ruang pawagam. Misalnya, pandangan kita dihalang oleh penonton hadapan dan suara bising sehinggan menganggu tumpuan.

Salah seorang pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati selepas menonton tayangan filem yang sedang hangat ketika ini.

Adunya, dia berasa terganggu mendengar bunyi tangisan bayi yang kuat semasa dalam tayangan.

Tambahnya, dia juga berasa pelik bagaimana pasangan suami isteri itu boleh membawa bayi si kecil itu ke panggung wayang, apatah lagi dengan bunyi kesan khas yang kuat.

Situasi tersebut mungkin akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Justeru, Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr. Ahmad Firdaus Mohd Haris menasihatkan ibu bapa agar tidak membawa bayi ikut bersama menonton wayang di pawagam atas beberapa faktor yang tidak sesuai.

Pawagam bukan untuk bayi

Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.

1. Bunyi di ukur melalui nilai decibel (dB). Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa, kalau bayi pendedahan kepada bunyi yang kuat secara beterusan boleh menyebabkan kerosakan.

Bahaya Bawa Bayi Tonton Wayang

2. Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk; orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.

3. Pawagam adalah tempat yang tertutup. Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.

4. Koyak. Banyangkan tengah syiok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati. Hati penonton akan koyak. Stress. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal.

Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita “heavy” di pawagam. Bergilir lah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.

Sumber: Facebook: Ahmad Firdaus