Acara Ijtima Indonesia Batal

Acara Ijtima Of Asia 2020 Di Indonesia Batal, Para Peserta Di Kuarantin Sebelum Pulang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika diberi pilihan untuk bercuti di pulau, antara pulau pilihan terbaik di Semenanjung Malaysia ialah Pulau Redang yang terletak di Terengganu.

Air lautnya yang jernih, pasir pantai putih dan pelbagai jenis hidupan laut yang boleh dilihat tidak jauh dari persisiran pantai menjadi tarikan pelancong untuk bercuti di Pulau Redang.

Bagi anda yang merancang percutian yang lebih kepada staycation, pilihan terbaik adalah menginap di Laguna Redang Island Resort. Memang sangat berbaloi.

Laguna Redang Island Resort

Setibanya di Kuala Terengganu sama ada melalui pengangkutan darat atau udara, pengunjung boleh mengambil teksi atau perkhidmatan bas ulang-alik untuk menuju ke Jeti Shahbandar. Perjalanan bot mengambil masa selama satu jam setengah ke resort.

Selain menjadi resort tercantik di pulau ini, Laguna Redang menyajikan pelbagai kemudahan terbaik di samping harganya yang berbaloi kepada pengunjung.

Bukan itu sahaja, di sini juga mempunyai kolam renang besar memberi kepuasan kepada pengunjung untuk bersantai dalam kumpulan yang besar.

Laguna Redang Island Resort

Sangat sesuai kepada mereka yang mahukan ketenangan yang lebih kerana bukan sahaja dapat melihat pemandagan Laut China Selatan, malahan pemandangan di taman sekelilngnya juga menyegarkan mata memandang.

Pelbagai jenis bilik yang disediakan di resort ini antaranya bilik standard, deluxe garden, deluxe pool, deluxe sea, premier sea dan juga laguna suite yang memberi pelbagai kemudahan dan fasiliti selesa. Tidak dilupakan juga, perkhidmatan spa turut disediakan di resort ini.

Laguna Redang Island Resort

Laguna Redang Island Resort

Laguna Redang Island Resort

Laguna Redang Island Resort

Di sini ada dua restoran yang boleh anda pilih iaitu Sri Serai Ala Carte; hidangan masakan asli Malaysia dan barat, manakala Sang Suria Buffet menyediakan hidangan bufet dari pebagai jenis masakan tempatan dan antarabangsa.

Jika anda kelaparan pada waktu malam, boleh berkunjung di Medan Selera Laguna Redang yang menyajikan masakan panas pada harga berpatutan.

Laguna Redang Island Resort

Laguna Redang Island Resort

Di luar resort, pengunjung boleh melakukan aktiviti menyelam dan tahukah anda, Laguna Redang memiliki pusat selaman yang diiktiraf PADI yang mana ia mempunyai kelengkapan menyelam terkini.

Pastinya, percutian di Laguna Redang Island Resort bakal beri satu pengalaman manis yang tidak boleh dilupakan buat anda.

Laman sesawang: Laguna Redang
Alamat: Pasir Panjang, Pulau Redang, Terengganu
Facebook: Laguna Redang