Hawkeye

Acah-Acah Jadi ‘Hawkeye’, Lelaki Ini Diburu Polis Selepas Bunuh Anjing Dengan Kejam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang lelaki yang berlagak ala-ala ‘superhero’ Hawkeye kini sedang diburu polis kerana membunuh seekor anjing liar menggunakan busur dan anak panah di hadapan sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan seorang pesakit mental atau pernah menyimpan impian untuk menyertai kumpulan Avengers, namun haiwan malang tersebut ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati akibat dipanah di bahagian kepala.

Dalam laporan yang dipetik dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek kini telah dikenal pasti, namun masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat.

Hawkeye

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 03-92899110.

Dalam satu rakaman video berdurasi 18 saat yang tular baru-baru ini, ‘Hawkeye’ yang memiliki busur dan anak panah tersebut dilihat seakan-akan sedang memburu dan memanah seekor anjing.

“Kita telah menerima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan video tular tersebut pada jam 10.31 pagi, Ahad.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” jelas Superintendan Ashari Abu Samah.

BACA: Animal Malaysia Tawar Ganjaran RM5,000 Kepada Saksi Kes Monyet, Biawak Mati Dipanah

Sumber: Sinar Harian