
Abubakarxli Bawa Kelainan Dalam Muzik Hip Hop Menerusi ‘NiNiNi’
Seorang lagi bintang Hip Hop yang menempa nama di Malaysia, penyanyi rap Abubakarxli membawa nafas baharu dalam video muzik hip hop dengan single terbarunya berjudul ‘NiNiNi’ sebagai pengenalannya bersama label Def Jem Asia Tenggara.
Abubakarxli membawa kelainan dalam muzik hip hopnya yang membandingkan beliau dengan penyanyi lain iaitu menggunakan loghat jalanan dalam bahasa Melayu. Diterbitkan SonaOne, ‘NiNiNi’ mengambil retorik sentiasa berusaha dalam budaya hip hop dan menyimpulkannya dengan cara ala Malaysia.
“Tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam dunia ini selagi kita berusaha dan bersikap kental menempuhi tiap rintangan dan cabaran yang datang.
“Jangan lupa untuk meraikan apa yang telah diraih dalam hidup tetapi tetaplah merendah diri dan lebih baik bercita-cita tinggi daripada sekadar bermimpi,” katanya.
Namun aspirasi tersebut ada bahayanya dan dipaparkan dalam video muzik ‘NiNiNi’ dengan kerjasama Denhouse Productions. Menariknya, video muzik ini juga arahan Abubakarxli sendiri yang bertemakan drama jenayah Melayu iaitu dengan memaparkan budaya rempit dalam hip hop.
Terdapat satu paras keaslian dalam cara Abubakarxli menyalurkan bunyi dan imejnya yang bersuara tempatan, satu kualiti yang jarang ada pada hip hop Malaysia.
Sedikit tentang penyanyi ini, Abubakarxli mula dikenali dalam dunia hip hop menerusi saluran media sosial YouTube pada tahun 2010. ‘NiNiNi’ hanyalah sedikit pengenalan kepada apa yang bakal ditonjolkan oleh Abubakarxli melalui Def Jam Asia Tenggara.
Tonton video muzik NiNiNi yang membawa kelainan dalam muzik hip hop di sini.
Trending now



