
Baru Seminggu Dilancarkan JAKIM, Aplikasi Hijrah Diri Diserang Kelompok ‘Kunyit’ Luar Negara
Ramai menyambut baik inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Yayasan Ihtimam Malaysia menubuhkan aplikasi Hijrah Diri bagi membantu golongan LGBT yang berusaha untuk kembali kepada fitrah.
Aplikasi yang tersedia di Google Play Store ini mengandungi ciri untuk pengguna dapatkan bantuan dan ada juga ebook mengenai pengalaman sebenar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual.
Walau bagaimanapun, pembangun aplikasi Hijrah Diri-Homoseksualiti dilaporkan menerima serangan siber yang dipercayai dilakukan oleh kelompok ‘kunyit’ luar negara kerana tidak bersetuju dengan kewujudan aplikasi tersebut.
Perkara ini dimaklumkan oleh Pengasas RAXBIT, Rafiq Sharman Khamis menerusi laman Facebooknya.
Akibat ‘serangan’ itu, aplikasi Hijrah Diri-Homoseksualiti telah digantung oleh pihak Google Play Store kerana didakwa ia merupakan satu bentuk ‘conversion therapy’ (terapi penukaran).
Ekoran itu, pihak RAXBIT memohon orang ramai dengan membantu menaikkan ‘rating’ RAXBIT di Google.
Trending now



