
9 Tip Ini Terbukti Mampu Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta Anda
Tip Ini Terbukti Mampu Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta Anda.
Sama ada anda mempunyai duit yang cukup atau tidak, mengisi minyak (petrol) kenderaan satu keperluan jika anda ingin pergi ke mana-mana destinasi.
Dan anda mungkin mengeluh kerana terpaksa menghabiskan beratus ringgit setiap bulan hanya untuk mengisi minyak.
Tetapi ia terpaksa dilakukan kerana jika tidak, anda tidak boleh bergerak ke mana-mana melainkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, seperti kereta api, kapal terbang mahupun kereta perkhidmatan e-pandu seperti Grab.
Ditambah pula dalam keadaan ekonomin yang tidak menentu, pastilah kita kena mengamalkan amalan berjimat cermat.
Jadi, kami kongsikan kepada anda tip yang terbukti mampu menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda.
1. Jangan kerap tekan brek
Elakkan dari memecut dan membrek secara mengejut kerana ia bukan sahaja membazirkan minyak malah akan menghauskan brek dan tayar dengan cepat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek).
Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
2. Isi minyak pada waktu pagi atau suhu sejuk
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari kerana ia mempunyai wap yang berlebihan.
Jika anda mengisi minyak pada waktu tengahari, anda akan melihat wap akan keluar daripada tangki anda.
Justeru, bagi mengelakkan petrol anda ditelan angin hendaklah dijadikan amalan untuk mengisi minyak pada waktu pagi atau waktu sejuk.
3. Isi minyak dengak perlahan-lahan
Cara ini supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan dapat mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas membazirkan minyak anda.
Kawal picu dengan menarik separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
4. Gunakan pendingin hawa secara sederhana
Gunakan pendingin hawa secara sederhana. Kurangkan suhu semasa cuaca sejuk dan sebelum memulakan perjalanan, buka tingkap terlebih dahulu supaya udara panas boleh keluar.
5. Kurangkan berat bebanan kenderaan
Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan. Elakkan membawa muatan berlebihan.
Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.
6. Isi minyak semasa separuh tangki penuh
Ini kerana semakin banyak minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang dalam udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
7. Pastikan kereta kekal bergerak ketika jalan sesak
Jika berada dalam kesesakan jalan raya, pastikan kenderaan anda tetap bergerak walaupun perlahan. Biar orang lain masuk laluan kita tetapi cara ini mampu menjimatkan minyak.
8. Periksa tekanan angin tayar kenderaan
Pastikan pengimbangan, penjajaran dan tekanan angin pada tayar adalah betul. Mengabaikannya bukan sahaja akan memaksa enjin bekerja dengan lebih kuat lagi malah turut membahayakan perjalanan anda.
9. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten
Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j. Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.
Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
Sumber: FMT