9 Cara Murah Dan Mampu Berkesan Kurangkan Ketagih Merokok

Kurangkan Ketagih Merokok

9 Cara Murah Dan Mampu Berkesan Kurangkan Ketagih Merokok.

Semua orang tahu bahawa merokok sangat berbahaya, baik untuk diri sendiri mahu pun terhadap orang lain di sekeliling mereka.

Perokok sendiri tahu bahawa merokok juga boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan manusia. Bagaimanapun, disebabkan ketagihan, perokok merasa sangat sukar untuk menghentikan tabiat merokok walaupun mereka mahu berbuat demikian.

Selain itu, apabila mereka berhenti merokok secara mengejut, mereka juga akan mengalami gejala yang dipanggil sindrom withdrawal yang menyukarkan lagi usaha mereka untuk berhenti.

Kurangkan Ketagih Merokok

Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kami kongsikan 9 cara bagaimana untuk anda berhenti merokok yang boleh diamalkan.

1. Halia

Salah satu simptom withdrawal merokok adalah loya. Halia didapati dapat mengurangkan rasa loya, minum air yang dicampur dengan jus halia.

2. Lobak putih (radish)

Kurangkan Ketagih Merokok

Sejenis lobak yang dipercayai dapat membantu untuk berhenti merokok. Parut lobak atau mesin dan ambil jusnya. Campurkan bersama madu dan minum sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

3. Jus anggur

Kandungan asid dalam jus anggur dapat membantu menyingkirkan nikotin. Jadikan amalan meminum jus anggur setiap hari akan memudahkan anda mengurangkan ketagihan merokok.

4. Ginseng

Campurkan sesudu teh serbuk ginseng dalam sarapan pagi untuk membantu mengurangkan keinginan merokok. Ginseng adalah satu ubatan yang berkesan untuk menghalang pembebasan dopamin, salah satu komponen utama yang terdapat dalam nikotin.

5. Madu

Madu merupakan sejenis manisan yang dapat membantu untuk berhenti merokok. Terdapat vitamin, enzim dan protein dalam madu yang mampu mengurangkan tabiat merokok dengan mudah.

6. Serbuk cili merah

Cili merah juga merupakan salah satu ubat semulajadi untuk berhenti merokok. Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa cubit serbuk cili merah ke dalam segelas air. Cili merah membantu dalam menyahsensiviti sistem pernafasan untuk semua perkara yang melibatkan ketagihan. Ia juga mampu mengurangkan ketagihan merokok.

7. Air

Air merupakan egen detoks yang mudah didapati, air akan membantu dalam detoksifikasi badan. Setiap kali rasa ingin merokok minumlah segelas air. Ia bukan sahaja boleh membantu mengurangkan keinginan malah mengurangkan simptom withdrawal.

8. Oat

Oat merupakan sejenis makanan yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok serta mengurangkan simptom withdrawal.

Caranya adalah ambil 1 sudu besar oat dan dicampur ke dalam 2 cawan air masak. Rendam semalaman dan rebus pada keesokkan harinya kira-kira 10 minit. Makan oat tersebut setiap kali selepas makan.

9. Ganjaran prestasi

Setiap hari berlalu tanpa rokok atau tembakau adalah satu kejayaan. Ingatlah untuk memberi penghargaan kepada diri sendiri. Dengan wang yang biasanya anda habiskan untuk merokok, anda kini boleh membelanjakannya kepada perkara lain yang lebih perlu.

Berhenti merokok sukar, tetapi berbaloi. Masa lebih lama dan semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan anda akan mati segera akibat kanser. Oleh itu, cubalah berhenti merokok secepat mungkin.

Sumber: Facebook MaziahIsmail, Hello Doktor