800 Gelandangan Akan Diberikan Kerja Tetap Selepas Tempoh PKP Berakhir

Sumber: FMT

800 gelandangan akan diberikan kerja tetap selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa hari ini mengumumkan, golongan gelandangan yang ditempatkan di rumah tumpangan Anjung Singgah tidak lagi akan dilepaskan untuk bergelandangan selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan.

Kesemua 800 gelandangan berkenaan akan disaring atau diberikan latihan serta kursus suai kenal pendek untuk diberikan pekerjaan secara bergaji.

Dengan kerjasama dan persetujuan bersama beberapa buah syarikat dan penaklukan Jabatan Tenaga Kerja, gelandangan yang berada di empat dewan pusat transit di bawah kendalian Pusat Pengurusan Krisis (CMC), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kesihatan ini sedia diambil bekerja sekiranya sesuai bagi mereka yang sihat tubuh badan dan berada dalam kategori produktif; boleh dilatih untuk bekerja.

800 Gelandangan Akan Diberikan Kerja Tetap Selepas Berakhirnya PKP

Tapisan akan dibuat dalam masa satu hingga dua minggu akan datang yang mana mereka diberi pilihan untuk bekerja di kilang pembuatan sebagai operator pengeluaran di kawasan Wilayah Persekutuan, Selangor dan Lembah Klang dengan gaji permulaan sebanyak RM1,400 serta elaun tertentu.

Untuk pusingan pertama atau fasa awal, golongan gelandangan yang dijangka akan memulakan kerja pada 1 Mei ini (bergantung pada tempoh PKP) akan terus berada di asrama yang disediakan DBKL dan syarikat yang mengambil mereka bekerja.

500 hingga 700 peluang pekerjaan disediakan dan ini termasuklah menjadi sebahagian daripada tenaga kerja bergaji harian di bawah kendalian DBKL dan boleh menjana pendapatan sekitar RM1,200 hingga RM1,400 sebulan.

Isu pemberian peluang pekerjaan pada golongan gelandangan bukanlah satu isu yang baharu. Hanya kerana segelintir daripada golongan ini yang membuat onar, rata-rata daripada syarikat memilih jalan selamat untuk tidak memilih mereka bekerja.

Jika beberapa hari lalu, ratusan gelandangan di ibu kota disediakan tilam di lantai dengan jarak satu meter manakala…

Posted by ODISI on Monday, April 6, 2020

Sejak 26 Mac lalu, dalam Operasi Bersepadu Gelandangan COVID-19. seramai lebih 800 orang gelandangan sudah diselatakan dan ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara Gelandangan, termasuklah di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul. Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir, Desa Pahlawan, Pusat Komuniti Setiawangsa dan Dewan Serbaguna Alam Damai, Cheras.

Merasakan isu gelandangan perlu ada pengakhirannya, Annuar Musa selaku Menteri Wilayah Persekutuan turut menyentuh kawasan klasifikasi Zon Merah di Wilayah Persekutuan yang bertambah menjadikan situasi ini adalah sesuatu yang mencabar bagi memastikan usaha membanterasnya terus dilakukan.

Sumber: FMT