
8 Sebab Kenapa Anda Harus Menonton MECHAMATO Bersama Keluarga Sekarang Juga!
Filem animasi tempatan Mechamato yang kini ditayangkan di seluruh negara khabarnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Ramai yang telah menontonnya bukan sahaja sekali, malah berulang kali sehingga kutipannya kini dilaporkan mencecah RM5 juta hanya dalam masa 3 hari!
Rata-rata ulasan yang diberikan di media sosial juga ramai yang memuji Mechamato dan menganggapnya sebagai filem animasi tempatan ‘terpaling’ hebat setakat ini.
Pempengaruh media sosial popular, Akhi Fairuz Al-Jengkawi juga turut berkongsi pengalamannya yang telah menonton Mechamato sebanyak dua kali melalui hantaran yang dibuat di laman Facebooknya berikut.
Jom ikuti pandangan jujurnya mengenai Mechamato dan kenapa beliau berikan 8 sebab untuk orang ramai turut sama menonton dan sokong filem ‘animy’ hebat ini.
Dah 5 hari Mechamato Movie tayang di pawagam. Saya pula dah tonton 2 kali, kali pertama ketika tayangan premier, kali kedua bersama keluarga pula. Setakat hari Sabtu, dah capai 5 juta jumlah kutipan tiket!
Kenapa kawan-kawan kena tonton dan bawa anak-anak sekali? Mari saya berikan 8 sebabnya:
- Grafik ya ampun, cantik kemain! Detail betul pembuatannya. Helaian rambut, daun pokok, suasana Kota Hilir (inspirasi Kota Melaka + Bandar Hilir), pendek kata semuanya perfect!
- Fighting scene dia top notch! Kita orang dewasa pun memang rasa, “bapak la kareografi lawan dalam movie ni!” Memang kena dengan jiwa orang dewasa.
- Menariknya adalah, Mechamato Movie ni dibuat oleh team Monsta kebanyakannya ketika PKP. Padu weh! Work from home lah kalau gitu! Tahniah Incik Bos Nizam Abd Razak.
- Dalam movie ni, nilai keislaman serta kemelayuan tidak langsung terlalu try hard. Dia hadir begitu sahaja. Kita yang tengok pun rasa bangga. Mana taknaknya, nak lawan villain pun baca Bismillah dulu tau. 😁 Dengan bangunan bentuk Tanjaknya lagi, ucapan Assalammualaikum lah dan yang paling best Amato (watak utama) pandai silat.
- Kelakar ya ampun! Lawak dalam filem ni betul-betul pecah weh! Dia punya splastik tu sampai satu dewan gegar orang ketawa. Apatah lagi kalau kau jenis mudah terhibur. 😅
- Filem ni prekuel kepada series Mechamato Series. Jadi, kalau tak tengok series pun memang akan faham.
- Mid credit scene di hujungnya pun power! Yang layan Boboiboy pasti happy sebab tahu ‘rahsia’ di sebalik Ochobot. Tak boleh tulis lebih, nanti jadi spoiler. 😁
- Runut bunyi (OST) movie ni sedapnya lahai. Temaniku nyanyian Yonnyboi. Pi search YouTube layan ok.
Jadi saya tak minta banyak, jom kita sama-sama support filem ini. Animasi tempatan memang padu semuanya.
Baik Ejen Ali, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, Boboiboy Movie dan kali ini giliran Mechamato pula.
Tak sabar tunggu kehadiran filem Puteri, juga Ejen Ali Musim Ke-3 Bahagian 2.
Semoga industri Animy di Malaysia terus maju menjadi hub penghasilan animasi terkenal di dunia. Kita tak nak setanding Disney, Pixar dan lain-lain. Kita nak lebih dari itu dan mengetengahkan nilai-nilai islami, ketimuran, kemelayuan serta keharmonian bangsa. Inshaallah.
#MechamatoMovie
#Boboiboy
BACA: Anugerah Anime Tokyo 2023: Mechamato Kini Berjaya Memintas Demon Slayer, Jom Undi!
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi