Premis Perniagaan

7 Usaha Dan Ikhtiar Untuk Dicuba Oleh Premis Perniagaan Yang Kini Sedang ‘Struggle’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan peningkatan harga barang ketika ini menyaksikan ramai usahawan terhimpit dan terkesan.

Kebanyakan peniaga kecil-kecilan dan pengusaha kedai makan misalnya amat merasai kenaikan kos harga bahan mentah selain dari sambutan pelanggan yang agak sendu.

Seorang usahawan F&B dari Kota Kinabalu, Andy Syamsuddin telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi mengajak golongan yang terkesan untuk sama-sama bangkit kembali mengharungi waktu yang sukar ketika ini.

Berikut merupakan perkongsian ilmu dari beliau yang menyenaraikan 7 perkara yang boleh sama-sama dicuba oleh usahawan yang kini sedang buntu dan bergelut dengan jualan atau bisnes yang perlahan.

Premis Perniagaan

STUCK DAPATKAN JUALAN?

Bertabahlah kepada mereka yang tengah struggle gila masa ini.

Anda bukan keseorangan,

Ramai yang tengah hadapi situasi ini sekarang.

Termenung sendirian?

Belek-belek media sosial mencari solusi.

Tanya-tanya dengan kawan yang senasib. Itu bukan penyelesaiannya.

Sudahnya cas negatif bertemu negatif akhirnya keboooom. 😊

01) KELUARLAH BERJALAN

Sekurangnya dalam 10km-15km dari lokasi perniagaan. Lihat perkembangan perniagaan lain. Adakah premis kita sahaja yang tidak dijenguk orang atau sekililing juga menghadapi situasi yang sama. Tak pun ‘healing’ kata anak muda sekarang. Bercuti sekejap dari pengurusan. Pergi melancong.

02) ANALISA BALIK PERNIAGAAN BAIK SERVIS DAN HARGA YANG DITAWARKAN

Boleh JADI perniagaan ini perlu di upgrade dengan idea baru, ataupun silap dari diri sendiri dengan meletakkan harga yang tidak sepatutnya. Portion yang tidak sesuai dengan peredaran masa. Cara servis kita yang lambat dan sebagainya.

03) LIHAT PESAING

Belajar dari pesaing. Tak salah pun. Kemungkinan kita telah tinggal berapa langkah dari pesaing dari susunan menu dan hiasan kedai. Boleh jadi juga pesaing sudah tukar menu kepada yang lebih diterima pelanggan.

04) KENAL PUNCA MASALAH DAN CARI CARA ATASINYA

Setiap fasa perniagaan akan punyai masalah. Analisa masalah terkini yang dihadapi. Adakah berlaku ketirisan dari segi kewangan, adakah masalah berpunca dari kurang pengawasan atau adakah berpunca dari sikap dan peraturan yang lapuk?

05) NAIKKAN BAJET IKLAN

Kalau berkaitan kurang dikenali, kemungkinan berpunca daripada ‘awareness’ yang jarang dilakukan selama ini. Berharap orang tahu kewujudan memang susah untuk bertahan. Lihat sekeliling berapa ramai pesaing kita. Buat bisnes yang sama dengan kita. Do more kepada pengiklanan baik offline atau online.

06) DAPATKAN SOKONGAN RAKAN DALAM INDUSTRI YANG SAMA

Bukan semua rakan industri kedekut ilmu, cari circle bisnes yang sama tetapi positif. Share masalah anda. Mungkin mereka ada idea untuk itu. Jangan terpuruk di tempurung sendiri. Atau berguru dengan mereka yang telah lama dalam industri yang sama. Ramai ja guru yang sediakan servis dan konsultan.

07) KURANGKAN EXPENSES YANG TIDAK PERLU

Be fundamental, kembali ke zaman bermula lagi. Jangan malu akui yang kita tengah struggle gila-gila. Kurangkan komitmen, pendekkan waktu operasi, jika waktu operasi tersebut tidak menjadikan bisnes produktif dan membayar lebih pula.

#notaandy
#notabisnesandy

BACA: Ramai Mengeluh ‘Sales’ Menjunam Teruk, Benarkah Semua Bisnes Kini Sedang Tenat?

Sumber: Andy Syamsuddin