
7 Promosi Kopi Serendah RM1 Untuk ‘Coffee Lover’ Sempena Hari Kopi Sedunia
Bulan Oktober merupakan antara bulan yang dinantikan oleh pencinta-pencinta kopi kerana 1 Oktober sudah diiktiraf sebagai Hari Kopi Sedunia. Pada ketika inilah banyak kedai kopi akan melakukan promosi-promosi yang terlajak murah!
Untuk tahun 2019, kami senaraikan kedai yang menawarkan promosi sepanjang 1 Oktober ini.
1. Starbucks
Menawarkan promosi kopi sepanjang hari, setiap jam dibahagikan dengan kopi-kopi signature mereka.
2. San Francisco Coffee
Bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, pelanggan boleh menikmati kopi dengan RM1 dan RM5 untuk sepanjang hari ini.
3. The Coffee Bean & Tea Leaf
RUpanya Coffee Bean sudah memulakan awal promosi sempena Hari Kopi Sedunia ini. Di Coffee Bean, anda boleh menikmati kopi serendah RM2 sahaja! Memang murah sangatlah.
https://www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage/photos/a.181267238273/10158218826958274/?type=3&theater
4. Tealive
Jenama kegemaran ramai ini menawarkan promosi kopi luar biasa daripada pesaingnya yang lain. Sepanjang Oktober ini, pelanggan Tealive boleh menikmati kopi terbaik mereka dengan harga cuma RM5 bermula waktu pagi sehingga jam 3 petang.
5. Burger King
Menawarkan kopi PERCUMA sepanjang 1 Oktober ini, anda tak perlu beli apa-apa di Burger King. Pergi sahaja ke mana-mana cawangan Burger King dan redeem kopi anda.
https://www.facebook.com/bkmalaysia/photos/a.116017521789301/2575719542485741/?type=3&theater
6. Dal.komm Coffee
Di Dal.komm Coffee, anda boleh dapatkan kopi percuma selepas melakukan pembelian 1 kopi. Terhad kepada hari ini sahaja, segera ke Dal.komm Coffee untuk dapatkan kopi istimewa jenama Korea ini.
7. McDonald’s
Selain terkenal dengan menu-menu sarapan yang pelbagai, anda boleh dapatkan promosi kopi Latte ais McDonald’s dengan harga RM1.99 sepanjang hari ini. Memang berbaloi.
Jadi coffee lover sekalian, jangan lepaskan peluang menikmati kopi dengan harga-harga menarik hari ini. Pilih sahaja mana yang berkenan dan terus ke sana untuk mulakan hari anda bersama kopi.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2WJ9y4FHd6/