Foto Editor Odisi

7 Penyebab Anak Mula Tunjuk Perangai Kurang Ajar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kebelakangan ini, banyak betul kejadian yang melibatkan keruntuhan akhlak dan tabiat buruk masyarakat yang dikongsi di media sosial.

Agak menggusarkan kerana ada di antaranya turut melibatkan perilaku pakcik tua berkopiah dan ibu muda bertudung yang memberi gambaran negatif terhadap umat Islam.

Sepatutnya mereka yang lebih tua dan berumur ini dapat menunjukkan akhlak yang baik manakala seorang ibu pula sepatutnya dapat membimbing anaknya supaya lebih beradab sopan.

Tidak dinafikan, kita kini berada dalam waktu yang sukar dengan pelbagai masalah dan rintangan yang perlu ditempuhi demi meneruskan hidup.

Namun, ianya tidak wajar dijadikan alasan untuk masing-masing nak tunjuk ‘gengster’ dengan mengamuk dan ajak bergaduh setiap kali timbul rasa tak puas hati.

Ramai yang tidak sedar betapa seriusnya keruntuhan moral dan akhlak dalam masyarakat pada hari ini yang tidak boleh dipandang ringan.

Teknik asuhan yang betul sepatutnya digunakan oleh ibu bapa untuk menerapkan akhlak terpuji ke dalam jiwa anak-anak di peringkat usia muda lagi.

Melalui Facebook Taufiq Razif (Seminit Parenting), telah didedahkan sebanyak 7 penyebab kenapa anak mula menunjukkan perangai kurang ajar.

Semoga perkongsian bermanfaat dari beliau ini dapat dijadikan panduan untuk semua ibu bapa di Malaysia untuk sama-sama membentuk generasi akan datang dengan sahsiah dan akhlak yang lebih baik.

Tangkap layar dari Facebook Taufiq Razif
– Tangkap layar dari Facebook Taufiq Razif

Penyebab anak mula tunjuk perangai kurang ajar

⚠️ Tak diajar Boundary

▪️ Tugas seorang anak memanglah untuk berlari, memanjat, melompat, menangis, menjerit, berguling, menconteng, mewarna dan lain lain.

▪️ Cuma, mereka perlukan mak ayahnya untuk tunjuk mereka apakah boundaries-nya.

Contohnya memanjat itu boleh tapi JANGAN SAMPAI panjat meja makan ketika orang sedang makan.

Contohnya menjerit itu boleh tapi JANGAN SAMPAI menjerit dan tinggikan suara pada orang yang lebih tua.

⚠️  Takut pada anak

▪️ Jangan pelik perkara ni boleh terjadi bila si ibu bapa terlampau sayangkan anak-anaknya.

▪️ Bila terlampau sayang tanpa ada panduan akhirnya ibubapa tadi akan terlampau takut untuk:

– menyakiti perasaan anak

– menyakiti kemahuan anak

– menyakiti emosi anak

Sehingga akhirnya tanpa sedar anak tersebut akan menguasai ibu bapanya sendiri hingga semua kemahuan anak dituruti tanpa batas

Inilah yang dikatakan ‘ibubapa yang melahirkan tuannnya sendiri’.

⚠️ Overprotective Parents

▪️ Melindungi anak tu memang fitrah dalam diri mak ayah cuma bila jadi terlampau protective itu yang bahaya.

– terlampau backup anak sendiri

– percaya 100% apa yang anak cakap

– akan menyerang sesiapa sahaja yang menyakiti anaknya tanpa siasat terlebih dahulu

⚠️ Cuai mendidik

▪️ Kadang bila kita terlampau sibuk pun boleh rosakkan anak.

▪️ Anak ini umpama air yang suci bersih.

▪️ Air yang suci bersih sekalipun jika diletakkan di atas meja tanpa kita berbuat apa-apa lama-kelamaan ia akan membusuk jua.

⚠️ Pengaruh rakan sebaya

▪️ Rakan sebaya adalah Circle anak kita. Circle ini sifatnya menjangkiti.

▪️ Lebih banyak anak kita spend masa dengan circlenya, lebih banyak pengaruhnya pada dirinya.

▪️ Baik circle anak kita maka insya-Allah baiklah dia, tapi jika rosak circle anak kita maka rosaklah jugalah dia.

⚠️ Terlalu ditekan

▪️ Anak yang terlalu ditekan dan dikawal secara melampau umpama bom jangka.

▪️ Sampai suatu masa nanti, mereka akan meledak dan meletus juga sebagai tanda protes dan cara untuk mereka memberontak terhadap tekanan yang diterima.

⚠️ Cerminan ibubapa

▪️ Otak anak terutamanya yang berumur 6 tahun dan ke bawah ni umpama sponge. Mereka serap semua yang mereka lihat,

– cara kita marah anak kita

– cara kita layan mak ayah kita

– cara kita layan keluarga kita

Ini semua akan anak kita tonton, rakam dan dia akan ulang tayang suatu hari nanti dalam bentuk perlakuan dan perangainya!

▪️ Itulah kenapa saya gelarkan anak-anak sebagai CCTV paling hebat di dalam dunia!

p/s: Halal untuk disebarkan pada semua ibubapa

Sumber: Taufiq Razif