
7 Negeri Yang Tidak Akan Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Walaupun pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan semula aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi bermula hari ini, masih ada 7 negeri yang tidak melaksanakannya.
Namun begitu dari 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, tidak semuanya akan menguatkuasakan PKPB bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri masing-masing.
BACA: Jangkaan Kerugian Ekonomi Malaysia Sepanjang PKP Mencecah RM100 Bilion
Berikut merupakan senarai 7 negeri yang tidak melaksanakan PKPB.
1. KEDAH
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri akan meneliti syarat dan garis panduan PKPB yang diumum Kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (COVID-19) pada 5 Mei ini bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri.
2. SARAWAK
Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk tidak mengikut langkah Kerajaan Persekutuan untuk membuka semula ekonomi hari ini.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerajaan negeri perlu mengambil kira keadaan negeri dahulu sebelum membuat keputusan melaksanakannya.
3. SABAH
Bagi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, PKP akan terus dilaksanakan sehingga fasa ke-4 berakhir pada 12 Mei ini bagi memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus berkenaan.
4.SELANGOR
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan cara penguatkuasaan dan garis panduan secara berperingkat yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak berlaku peningkatan kes COVID-19 di Selangor.

5. NEGERI SEMBILAN
Langkah kawalan ketat masih lagi diperlukan di Negeri Sembilan memandangkan kes baharu COVID-19 terus meningkat dicatatkan di sana.
Membenarkan hanya sektor ekonomi beroperasi dan melarang sektor sosial dan aktiviti sukan sepanjang PKP adalah salah satu syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi rakyat di Selangor.
6. PAHANG
Pahang akan menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keutusan dicapai dalam mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Jumaat ini.
Mencatatkan kluster baharu di sana, Datuk Seri Wan Rosdy berkata selagi masa mesyuarat tidak dibuat, ketetapan adalah sama seperti tempoh PKP sehingga 12 Mei ini.
7.KELANTAN
Jawatankuasa Kerja Kesleamatan (Khas) Negeri Kelantan akan diadakan pada Khamis ini dengan tujuan bagi menyesuaikan keperluan PKPB dengan rakyat di negeri tersebut. Sehingga keputusan diambil, keputusan masih sama dan terpakai untuk semua pihak.
NOTA: Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Sumber: Astro Awani