
6,000 Graduan Perubatan Menganggur Setahun, Di Mana Silapnya Kita?
Isu lambakan graduan perubatan bukanlah suatu isu yang baru di Malaysia. Awal tahun ini satu pertubuhan doktor iaitu Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) telah menyuarakan kebimbangan mereka berhubung dengan lambakan graduan perubatan yang belum menjalani latihan amali selain daripada kurang berkualiti.
Presiden Perdim, Datuk Dr Ahmad Syukri Ismail memberitahu negara mempunyai lambakan graduan perubatan namun bidang perubatan masih kekurangan doktor. Tidak menjalani latihan amali atau housemanship di hospital telah merendahkan kualiti mereka manakala jika lakukan latihan amali di luar negara, ianya tidak diiktiraf kerajaan.
Semalam, Pengerusi Lembaga Amanah Antarabangsa Malaysian Medics International (MMI), sebuah kumpulan perubatan tidak berasaskan keuntungan memberitahu sebanyak 33 buah institusi perubatan telah menghasilkan 3,000 orang graduan perubatan setiap tahun dan 3,000 lagi kembali ke tanah air setiap tahun dari luar negara selepas menamatkan pengajian.
Dengan penghasilan jumlah purata 6,000 orang graduan perubatan setiap tahun dan kekurangan penempatan telah menyebabkan sebahagian pegawai perubatan ditawarkan jawatan kontrak yang telah mematahkan harapan mereka menjadi doktor pakar disebabkan tiada kawalan dalam penumbuhan institusi perubatan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Pada masa ini sahaja, kira-kira 9,000 orang doktor kontrak sedang menjalani latihan yang mana 4,000 daripadanya diberikan jawatan doktor perubatan kontrak (yang diperkenalkan pada tahun 2016) tetapi melakukan tugasan yang sama seperti doktor tetap atau pegawai perubatan namun dengan gaji atau faedah yang kurang (beza sehingga RM600, gred U41) serta tidak berpeluang menjadi pakar.
Susulan dengan itu, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad memberi jaminan bahawa kerajaan akan berusaha menangani sistem kontrak untuk doktor di hospital kerajaan dengan kerjasama daripada Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mencari penyelesaian yang adil.
Isu ini kemudiannya disokong oleh ramai graduan perubatan dan pegawai perubatan. kami sertakan sedikit tangkap skrin atau tangkap layar mengenai luahan hati mereka.
Sebab ramai yang tawar hati nak teruskan kerjaya sebagai doktor.
Punca doktor tak dapat bekerja dengan ikhlas.
Realiti yang menyakitkan.
Tak ada bajet nak buka peluang pekerjaan doktor baharu?
Sumber: FMT
Manga paling laris sehingga kini.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.