
600 Lagi Pekerja Syarikat Media Bakal Hilang Kerja Jumaat Ini
Bermula dari bulan Ogos, kontroversi yang melanda industri media tidak pernah berhenti. Daripada pengecilan operasi hinggalah kepada pemecatan sejumlah pekerja dan penutupan operasi.
BACA: 2,500 Pekerja Syarikat Media Dijangka Akan Diberhentikan
Antara yang sudah tewas ialah Kumpulan Utusan Melayu yang terkenal sebagai syarikat media paling tua di Malaysia akibat daripada ketidakmampuan pihak pengurusan menanggung kos operasi sejak beberapa tahun lalu.
BACA: Kumpulan Utusan Melayu Bakal Tamatkan Operasi Hari Ini?
Malah ITBM juga sedang dilanda krisis pengecilan operasi namun sedang dalam proses perangkaan semula pelan pemulihan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut sumber, kira-kira 600 orang pekerja meliputi pekerja pelbagai peringkat dalam sebuah kumpulan berkaitan syarikat media terbesar akan diberhentikan Jumaat ini yang mana separuh daripadanya ialah kakitangan akhbar harian.
Oktober lalu, pihak pengurusan berjanji akan berbincang dengan wakil kesatuan namun tiada maklumat lanjut mengenainya kerana masih belum berbuat demikian walaupun masa yang tinggal cuma dua hari.
Mereka yang terlibat tiada pilihan untuk merayu apabila surat penamatan perkhidmatan disampaikan ke tangan biarpun undang-undang buruh menetapkan kumpulan yang terjejas perlu dimaklumkan terlebih dahulu.
Sumber: FMT