Malaysia Hebat

6 Sebab Kenapa Malaysia Masih Lagi Jauh Lebih Hebat Dari Indonesia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak akhir-akhir ini, pencapaian Indonesia dari segi pelbagai aspek dilihat sangat memberangsangkan berbanding Malaysia.

Negara jiran kita itu juga dilihat akan terus bangkit dan menjadi salah satu kuasa besar yang bakal menggegarkan dunia!

Di ruangan media sosial, netizen Malaysia didapati turut sibuk membuat perbandingan memuji kehebatan Indonesia.

BACA: Ini Mungkin Sebab Sebenar Kenapa Elon Musk Pilih Indonesia Untuk Buka Kilang Tesla

Hinggakan personaliti dan corak pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga turut sengaja dibandingkan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Tetapi, ramai yang tidak menyedari sebenarnya penilaian dunia terhadap Malaysia adalah jauh lebih baik dari Indonesia!

Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dan tidak terperangkap dengan serangan persepsi yang memburukkan negara kita sendiri.

Inilah yang cuba dibangkitkan oleh Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dalam satu artikelnya di portal Astro AWANI.

Dalam artikel yang berjudul ‘Malaysia vs Indonesia: Benarkah Kita Merudum?’ tersebut, beliau menegaskan bahawa kita sebenarnya masih mempunyai asas untuk kembali melonjakkan ekonomi negara kita berbanding negara jiran.

Terdapat 6 indeks penilaian utama dunia yang jelas menunjukkan Malaysia ketika ini adalah jauh lebih baik dari Indonesia iaitu:

  1. World Competitiveness Index 2022: Malaysia (32) mempunyai daya saing yang lebih tinggi dari Indonesia (44)
  2. Complexity Index 2022: Kecanggihan ekonomi untuk mengaplikasi teknologi Malaysia (24) jauh lebih tinggi dari Indonesia (67)
  3. OECD PISA Score 2018: Score Malaysia (Membaca (415), Matematik (440), Sains (438)) lebih tinggi dari Indonesia (Membaca (371), Matematik (379), Sains (396))
  4. Global Innovation Index 2021: Malaysia (36) mempunyai keupayaan dan kapasiti berinovasi jauh lebih tinggi dari Indonesia (87)
  5. Global Food Security Index 2021: Malaysia (39) jauh lebih terjamin keselamatan makanan dari Indonesia (69)
  6. Corruption Perception Index 2021: Persepsi gejala rasuah di Indonesia (96) jauh lebih teruk dari persepsi rasuah di Malaysia (62)

Beliau juga menegaskan bahawa kita seharusnya yakin dan fokus dengan keupayaan dan kekuatan negara kita dan bukan sebaliknya.

Kita juga seharusnya tidak menolak penilaian dunia terhadap kita yang jelas menunjukkan Malaysia dinilai lebih baik dari Indonesia.

Marilah kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama bangkit untuk menghargai dan mencintai negara sendiri sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi.

1 Malaysia Hebat

Sumber: Astro AWANI