
6 Kerjaya Gig Masa Kini Yang Anak-Anak Anda Boleh Ceburi Demi Masa Hadapan Mereka
Kerjaya menjadi seorang pekerja gig semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Antara kerjaya gig yang popular adalah seperti menjadi penghantar makanan dan barangan.
Seorang pengguna Facebook, HarisHarun telah berkongsi beberapa jenis kerjaya gig yang boleh diberikan kepada pendedahan kepada anak-anak kita. Ada yang boleh jana pendapatan lumayan hanya daripada melaksanakan kerja gig ini sahaja tau. Jom kita baca.
DIGITAL GIG ECONOMY (untuk budak-budak)
2 hari lepas kecoh abang-abang rider Grab & Foodpanda buat mogok sampai penghantaran makanan daripada 2 syarikat ni tertunda dan berlaku kelewatan.
Awal minggu ni pula viral seorang remaja berusia 17 tahun diupah jadi backend engineer di Waheed dengan gaji RM14k. Beliau mula bekerja pada usia 13 tahun dengan gaji permulaan RM7k. saya kerja 15 tahun sebagai guru pun belum hit 7k lagi.
Atas permintaan puan Nadya Az, saya cuba ulas isu ini. Ia adalah kesinambungan daripada penulisan saya tentang ‘Generasi Lemmah?’ boleh baca di sini.
Di Malaysia ni, bila cerita tentang gig economy je, kita terbayang rider, Grab, Foodpanda dan e-hailing.
Padahal, gig economy ni sangat luas.
Penulisan saya kali ini fokus kepada bagaimana ibu bapa di luar sana yang punya keberanian untuk menongkah arus pendidikan perdana atau sekurang-kurangnya menyediakan laluan alternatif kepada anak-anak anda.
Sebelum tu, saya nak ulas sikit tentang adik Akmal ni.
Dia mula belajar coding pada usia 9 tahun. Ibu bapa dia memang hebat .
Tatkala mak bapak bangsa Melayu yang lain sibuk hantar anak tusyen UPSR, ibu bapa Akmal hantar Akmal pergi belajar coding.
Tatkala mak bapak bangsa Melayu ramai-ramai hantar anak diorang ke program motivasi nangis-nangis supaya score periksa akhir tahun, ibu bapa Akmal ni hantar anak diorang pergi program JomLaunch. Sahabat saya Hidayati Nusi tengok sendiri adik ni present di JomLaunch.
Umur 13 tahun, budak-budak lain sibuk salin karangan panjang-panjang, Akmal ni dah start tulis code panjang-panjang dan dapat dana 5k USD untuk bina server sendiri.
Budak-budak form 1 lain sibuk pilih nak join kelab apa, unit uniform apa, sukan apa. Adik Akmal ni dah buat Tech startup dia sendiri.
Adik Akmal ni ada unfair advantage dia sendiri sebab dapat bermentor directly under runcloud. So, janganlah tuan puan rasa kagum sangat. Kalau nak kagum, kagumlah dengan keberanian ibu bapa Akmal yang menongkah arus pendidikan perdana.
Boleh tengok macam mana adik Akmal ni terangkan dengan penuh bahasa teknikal di video di bawah.
Di sini, saya cuba senaraikan beberapa kemahiran yang tuan puan boleh laburkan untuk menceburkan anak-anak tuan puan ke dalam dunia digital gig economy pada usia yang awal.
1.PENULISAN
Kemahiran penulisan ni merupakan kemahiran dari zaman kuno lagi.
Siapa-siapa yang ada kemahiran penulisan yang baik, dia akan pegang kunci ilmu yang banyak.
Nak menulis ni, perlukan kepada penguasaan ilmu yang luas. Dengan kemahiran penulisan ni, banyak job-job digital gig yang anak-anak remaja boleh buat. Jadi penulis copywriting, jadi penulis cerita, jadi media sosial manager.
Tak pun jadi penulis konten macam tuan Affan Zahari, seronok baca penulisan beliau yang memberi banyak perspektif segar.
Benda-benda ni perlukan kreativiti yang tinggi dan percayalah bahawa anak-anak mempunyai kreativiti yang tinggi sebelum ‘dibunuh’ oleh teknik menjawab peperiksaan. Isu ini pernah diulas oleh tuan Zamri Mohamad.
Boleh mula bina kerjaya di Wattpad, Fiverr, Freelancer dan macam-macam. Tiada umur minimum pun. Yang ada hanyalah keberanian dan usaha berterusan.
Kalau nak anak anda masuk ke dunia penulisan ini, saya cadangkan untuk berurusan dengan puan Tengku Nurhusni, puan Nordianah Bachok, tuan Zamri Mohamad, ataupun sifu tuan Syaizul Amal. Dulu-dulu tuan Syaizul ada buat bengkel penulisan junior. Mungkin beliau boleh kick of semula jika diizinkan.
2. GRAPHIC DESIGN
Halakan anak-anak tuan puan untuk buat macam-macam design dengan menggunakan free tools. Anak-anak yang sekolah kerajaan dapat email Delima, jadi dapat full acces function Canva. Explore habis-habis.
Lepas tu boleh letak hasil-hasil kerja dalam media sosial dan juga website-website freelancing macam Fiverr, Freelancer dan macam-macam lagi.
Lepas tu upgrade perlahan-lahan ke Adobe designing. Rasa-rasa ada duit lebih sikit, minting design-design dan masukkan dalam NFT platform. Ada rezeki, jadi jutawan segera.
Graphic design ni boleh pergi macam-macam angle, kalau berminat nak hala ke web design, boleh hantar anak-anak berguru dengan tuan Asrul Shamri. Kalau nak pergi ke game design, boleh hantar anak-anak berguru dengan tuan Rafiq Sharman Khamis yang merupakan guru saya dalam apps development.
3. VIDEO GRAPHIC
Budak-budak hari ni ramai yang pandai edit video. Salah satu ikon video editor yang agak hot sekarang ni ialah Sofyank96. Belajar sendiri je.
Antara tokoh lain ialah tuan Azfar Hamdii, founder dan CEO MTAS Production, pun belajar sendiri je video editing ni. Masa awal-awal diorang buat parody KL Ganster masa form 6 kalau tak silap, sikit lagi nak kena saman dengan Skop Production. Sekarang dah kerjasama dengan Skop (dan banyak lagi syarikat lain) kalau tak silap.
Boleh juga dapatkan nasihat daripada tuan direktor Nazirul Haziq, pelajar cemerlang yang drop A level untuk sambung bidang farmasi tajaan JPA ke luar negara semata-mata mengejar impian untuk jadi filmmaker.
Dulu-dulu tuan Nazirul ni ada buat kelas smartphone video. Sekarang ni beliau dah kaya, tak mahu layan budak-budak dah 😛.
Boleh belajar simple video editing di Canva, Powerpoint. Powerpoint boleh buat video? Ya, abang kakak.
Office 365 dah advance dah. Bukan macam zaman kita dulu buat Powerpoint letak sound typing untuk setiap huruf yang keluar. Sumpah annoying 😃 .
Lepas tu pergi Filmora ke, Capcut ke sebab yang ni free je. Lepas tu bolehlah guna Vegas Pro ke, Adobe Premier ke, apa ke yang memang untuk advance user.
4. ROBLOX ASSET BUILDER
Kenapa bukan Minecraft? Yang ni panjang nak ulas. Secara ringkas, Roblox ni lebih ramai player sebab dia free to play. Jadi player can spend more on buying in game item. In game item ni pula dibina oleh game asset developer macam anak tuan Ahmad Naim Jaafar yang consistanly buat 1k USD at the age of 14 years old.
Lagipun, kad topup Roblox ni ada jual di 7E dengan Speedmart99. Jadi mudah je untuk player tanpa kredit kad untuk buat purchase for in game item.
5. APPS DEVELOPER
Generasi hari ni memang membesar dengan teknologi apps. Web based application akan tenggelam dek zaman dan slowly convert into mobile apps based function in smart gadgets.
Yang ni walaupun nampak susah, anak anda boleh mula explore dengan belajar di Raxbit.
Anak sulung saya pun dah jadi trainer junior untuk ajar buat apps lepas join kelas apps tuan Rafiq Sharman Khamis.
Kemudian, slowly and gradually shifted into more technical development with code languages.
Anda mungkin boleh bantu anak-anak untuk membiasakan diri dengan bahasa-bahasa coding dengan website berikut:
https://hourofcode.com/my
https://kitten.code.game
https://codecombat.com
https://scratch.mit.edu
Kalau apps, boleh guna Lightbot, mimo, code land dan macam-macam lagi.
6. FOTOGRAFI.
Anak-anak anda hari ni nak guna telefon mahal-mahal je kan? Umur 10 tahun dah pegang iPhone 13. Datang beraya rumah cikgu, masa nak ambil gambar, masing-masing keluar iPhone. Cikgu rasa dhoif sangat. Ahahaha.
Apa kata anda hantar anak anda kelas fotografi Saiful Nang di https://www.snap.my bawah kelolan tuan Syibli Fakih. Seorang bekas engineer yang berhijrah ke dunia fotografi kreatif.
Tuan Syibli boleh ajar anak-anak tuan puan bagaimana untuk edit dan menjual gambar-gambar yang diambil di pelbagai platform seperti Shutterstock dan lain-lain.
====
Kemahiran-kemahiran di atas ni ambil masa yang sama lama macam belajar di sekolah. Bukan sebulan dua belajar terus pandai. Makan tahun.
Tapi, melalui kemahiran-kemahiran ni, anak anda boleh terus ke pasaran kerja digital gig tanpa perlu mendapat sekeping sijil atau mendapat mana-mana akredetasi daripada institut pendidikan formal.
Nilai pasaran anak anda akan ditentukan sepenuhnya oleh pasaran terbuka digital gig ini. Ada peluang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar dan individu-individu yang berpengaruh.
Jika tuan puan nak mencari keberanian untuk meneroka alternatif kepada pendidikan arus perdana, boleh dapatkan buku saya, Projek Sang Pemimpi di sini.
Tiada ilmu yang sia-sia. Hanya manusia yang mensia-siakan ilmu.
Semoga bermanfaat.
HarisHarun
Pengarah Impian