Kematian vape

6 Kematian Misteri Penyakit Paru-Paru Dilaporkan Akibat Tabiat Vape

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Akhir Ogos lalu, kematian pertama akibat daripada tabiat menghisap vape dilaporkan di Iilonois. Kematian yang disebabkan oleh penyakit paru-paru misteri ini menyebabkan pengguna tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital.

BACA: Pengguna Vape Lebih Berisiko Hidap Penyakit Kanser, Strok Dan ‘Paru-Paru Popcorn’

Terbaharu, pegawai kesihatan Amerika Syarikat memberitahu sehingga kini, enam orang telah meninggal akibat daripada penyakit paru-paru misteri.

Seorang lelaki dari Kansas yang berusia 50 tahun telah dimasukkan ke hospital dengan simptom-simptom penyakit yang merebak dengan cepat.

Bahaya Vape 1

Antara simptom yang dialami ialah sakit dada, kseukaran bernafas (nafas pendek), dan muntah. Ada juga yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan daripada ventilator untuk beberapa minggu.

Yang membawa masalah ialah apabila sesetengah pengguna tidak tahu bahan apa yang digunakan di dalam vape mereka menyebabkan doktor lebih dukar untuk merawat.

Ada sesetengah cairan vape yang telah diubah suai menjadikan bahan vape lebih merbahaya apabila disedut sebelum dihembus keluar kerana mampu menyebabkan masalah pernafasan dan keradangan pada paru-paru.

Sumber: The Sun

 

De Niro dan martin Scorsese.

Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.