6 Aktiviti Yang Dilarang Sepanjang Tempoh Pelaksanaan PKPB

Kelantan Kes Baharu Rentas Sempadan

Banyak kawasan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan daripada peningkatan kes wabak pandemik COVID-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dengan larangan kepada enam aktiviti dilarang.

Memandang serius isu berkenaan, satu sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan rangkaian jangkitan.

BACA: Bosan Dan Rindu Kekasih Antara Alasan Popular Individu Langgar PKP, PKPB Di Kedah Sejak Mac

Pelaksanaan PKPB ini akan berkuatkuasa 12.01 tengah malam 13 Oktober hingga 26 Oktober ini.

Aktiviti Dilarang PKPB, Senarai Perkhidmatan Penting Terbaharu Sepanjang Tempoh Pelaksanaan PKP Fasa Ke-2
Sumber: Bernama

Untuk PKPB, aktiviti yang dilarang adalah:

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Kes tiga angka yang dicatatkan sejak 1 Oktober lalu nyata membimbangkan seluruh rakyat Malaysia.

BACA: Persediaan Memasuki Gelombang Ketiga Wabak Pandemik COVID-19 Di Malaysia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes ketika ini adalah fenomena permulaan (persediaan) untuk negara menghadapi gelombang ketiga.

Menurut Dr Noor Hisham, penting untuk kita semua yakni rakyat Malaysia bertindak dalam membendung virus pandemik ini daripada terus menular dengan lebih luas.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara