
500 Ribu Peluang Pekerjaan Sektor Perladangan Dibuka Kepada Warga Tempatan
Malaysia masih berdepan kekurangan lebih 500 ribu pekerja sektor perladangan komoditi dengan anggaran pekerja tempatan dan pekerja asing berdaftar masing-masing sebanyak 220,000 dan 265,397 orang setakat ini.
Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, angka terbabit (500 ribu) tidak memadai kerana keluasan hektar tanah ladang yang ada di Malaysia berkeluasan 7.14 juta hektar dengan keperluan sejuta pekerja.
BACA: India Sambung Import Minyak Sawit Malaysia Selepas 4 Bulan Memboikot
Kemasukan pekerja asing yang dihentikan susulan daripada wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia ini memberi ruang dan peluang untuk pekerja tempatan mengisi kekosongan yang ada.
BACA: 3,000 Pekerja Diperlukan, Ini Peluang Rakyat Tempatan Monopoli Pasar Borong
Mengakui industri perladangan masih belum mendapat sambutan warga tempatan susulan tiada insentif menarik yang ditawarkan bagi menggalakkan pembabitan dalam sektor 3D (dirty, dangerous, demenaning) ini, Khairuddin turut menyentuh berkenaan sikap majikan yang tiada motivasi untuk membuka ruang kepada anak-anak tempatan.

Kerajaan yang turut menggalakkan warga tematan terutamanya belia untuk menjadi usahawan dalam pelbagai sektor komoditi seperti kenaf, buluh, koko, kelapa sawit getah dan sebagainya telah menyediakan geran RM8,000 bagi tanaman koko dan sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport dan negara pengisar koko kelima terbesar di dunia.
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan sekitar sekurangnya 100,000 rakyat Malaysia berisiko untuk hilang pekerjaan mereka sekiranya wabak COVID-19 berterusan hingga akhir tahun ini.
BACA: Sekurangnya 100,000 Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Sekiranya COVID-19 Berterusan
Ini kerana jumlah pekerja yang diberhentikan akibat daripada impak ekonomi daripada virus korona boleh menjadi dua kali ganda daripada 40,000 orang yang hilang pekerjaan pada tahun lalu.
Sumber: Berita Harian
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.