Toknya Tawar Gunting Rambut RM2.50

50 Tahun Tak Pernah Naik Harga, Nenek Ini Tawar Khidmat Gunting Rambut RM2.50 Gaya Klasik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dengan mengetengahkan konsep ‘green and grand’, sebuah masjid di tengah kota Cambridge melakar sejarah sebagai tempat ibadat paling ikonik bagi umat Islam di sana.

Proses pembinaan yang dilakukan bermula pada September 2016 dengan tujuan menyediakan akses pusat ibadat kepada umat Islam tanpa mengutamakan mana-mana etnik dengan mengamalkan tradisi melayan tetamu dengan baik dan rasa hormat serta menolak ajaran fundamentalisme (taksub kepada ajaran agama) yang boleh merosakkan perpaduan institusi masyarakat, masjid ‘hijau’ ini dijangka dibuka kepada umum pada awal tahun 2019.

Dibina bagi menampung keperluan masjid sedia ada yang sudah penuh, masjid ini memerlukan lebih 23 juta pound (RM124 juta) dan sudah hampir siap berupaya memuatkan 1,000 jemaah serta lengkap dengan 82 lot parkir bawah tanah selain 300 tempat letak basikal.

Masjid Hijau Cambridge

Tidak mengkhususkan masjid ini untuk golongan tertentu sebaliknya terbuka kepada semua untuk menggunakan akses pusat ibadat ini supaya setiap individu merasa kepentingan mereka di dalam masjid, seluruh binaan masjid direka oleh seorang arkitek Yahudi, David Marks yang turut bertanggungjawab membuat rekaan roda feris London Eye bersama isterinya, Julia Barfield.

Masjid Hijau Cambridge

Walaupun sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan Oxford yang sudah memilik empat buah masjid, antara kesukaran yang terpaksa dihadapi ialah pencarian lokasi sesuai di kawasan perumahan serta harga hartanah sudah semakin mahal.

Sebaik sahaja melangkah ke dalam kawasan bangunan, pengunjung akan disambut, dialukan serta seperti ‘tenggelam’ dalam keindahan serta kehalusan seni bina memukau; susunan tiang kayu kalis api khas diimport dari Switzerland dalam ruangan solat dan sebuah taman hijau (dibina dengan sumbangan derma dari Cambridge).

Lengkap dengan ruangan bawah bangunan yang berfungsi membantu sistem pengurusan sisa dengan penghasilan air kitar semula, tenaga solar di bumbung, pam haba dan pengudaraan pasif memang wajarlah jika masjid ini dilabel sebagai pusat ibadat hijau bertaraf dunia.

Masjid Hijau Cambridge

Menerima sumbangan pembinaan dari Muslim seluruh dunia seperti Cambridge, Indonesia, Hong Kong, Amerika Syarikat dan keluarga diraja Arab Saudi, masjid ini lengkap dengan kemudahan bilik mesyuarat, kafe, kelas pengajian Al-Quran digital serta ruangan acara.

Untuk lihat lebih lanjut, anda boleh lawati laman rasmi Twitter rasmi projek masjid ini di sini.

Sumber: Harian Metro

Ada ke yang suka makan inovasi nasi lemak macam ni?

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.