
5 ‘Variety Show’ Korea Yang Boleh Buatkan Anda Rasa Lapar
5 ‘Variety Show’ Korea Yang Boleh Buatkan Anda Rasa Lapar
Rancangan Korea Selatan pastinya tidak ketinggalan memaparkan babak-babak wataknya menikmati makanan dengan penuh berselera.
BACA: Umum Tinggalkan ‘Running Man’ Lepas 11 Tahun, Ini 3 Filem Akan Datang Lakonan Lee Kwang-soo
Daripada rancangan reality show atau variety show sehinggalah kepada filem/drama, kebanyakannya memang boleh membuatkan penonton merasa lapar sehingga terpaksa ke dapur untuk mengisi perut.
Untuk anda yang gemar makan, di sini kami senaraikan lima variety show yang boleh anda tonton.
1. 2 Days 1 Night

Konsep rancangan 2 Days 1 Night boleh dikatakan menyerupai konsep rancangan televisyen Malaysia, Jalan-Jalan Cari Makan.
Di samping menunjukkan mengenai keindahan yang ada di Korea Selatan, rancangan 2 Days 1 Night memang sangat menghiburkan kerana untuk mendapatkan makanan signature sesuatu tempat mereka perlu menyelesaikan misi dan permainan yang diberikan.
Untuk yang tidak tahu, musim ke-4 rancangan ini turut menampilkan pelakon Kim Seon-ho yang popular dengan watak Han Ji-pyeong dalam drama Start Up.
2. Fun-Staurant

Merupakan sebuah rancangan yang menyaksikan beberapa selebriti terkenal Korea Selatan beradu dalam menghasilkan resepi-resepi baharu yang boleh menambat hati juri, Fun-Staurant atau Stars Top Recipe at Fun-Staurant memang sangat menarik untuk ditonton setiap lapisan masyarakat.
3. Let’s Eat Dinner Together
Ditamatkan pada Februari tahun lalu, rancangan Let’s Eat Dinner Together menggunakan format yang mana setiap kumpulan diberikan tugasan untuk mencari rumah yang sudi mengajak mereka makan malam bersama.
Mereka dikira gagal sekiranya beberapa peraturan tidak dipenuhi.
4. Please Take Care of My Refrigerator

Dalam rancangan Please Take Care of My Refrigerator ini, penonton akan melihat sendiri keadaan peti ais selebriti popular Korea Selatan.
Daripada bahan yang ditemui, para panel bertugas iaitu cef terkenal akan cuba menghasilkan menu-menu yang menarik untuk dicuba tetamu jemputan.
5. Tasty Guy
Dihoskan oleh mereka yang memang terkenal sebagai kaki makan, Tasty Guy tanpa gagal bakal membuatkan anda lapar biarpun anda baru sahaja lepas makan.
Trending now



