
5 Tip Untuk Bantu Pereka Grafik Tentukan Harga Perkhidmatan Mereka
Masih ramai yang tidak memahami kesungguhan serta penat jerih seorang pereka grafik dalam menyiapkan sesuatu tugas yang diberikan kepada mereka.
Perkara ini seterusnya boleh menyebabkan salah faham di antara pereka grafik dengan klien mereka apabila bayaran untuk perkhidmatan mereka tersebut sering menjadi pertikaian.
Di Twitter, satu ciapan telah dibuat berkenaan isu ini yang mempersoalkan tentang penentuan harga yang sepatutnya dikenakan oleh golongan pereka grafik terhadap perkhidmatan yang mereka berikan.
Terima kasih diucapkan kepada pereka grafik, Inche Faris dari Atma Kreatif Enterprise yang sudi berkongsi tip melalui bebenangnya berikut bagi membantu mereka yang berkecimpung dalam bidang grafik mendapat sedikit idea dalam merungkai kekusutan ini.
Jom baca.
Soalan yang biasa saya dapat sebagai designer:
“Macam mana eh nak set harga untuk design yang kita buat?”
Saya sediakan 5 Tips yang dapat membantu anda set harga untuk servis design anda 👇
🧵1/7
1) Market Research
Explore market untuk ‘survey’ harga-harga servis design yang sama seperti anda sediakan.
Saya suggest untuk join group FB Grafik Malaya dan tanya pendapat di sana. Kongsikan design anda, kemudian tanya group members apa harga yang sesuai untuk design tersebut.
🧵2/7
2) Tahu ‘value’ design anda
Design yang anda buat perlu ada value, dan semakin tinggi value tersebut semakin tinggi juga harganya.
Contoh: design yang unik dan efektif serta dapat membawa income yang lebih tinggi kepada bisnes klien anda tentunya ada value yang tinggi.
🧵3/7
3) Kos yang terlibat
Buat kiraan kos-kos yang terlibat supaya anda benar-benar dapat untung, bukan hanya ‘cukup makan’ atau worst case kerugian.
Contoh: Subscription bulanan Adobe, equipments, marketing, sewa ofis, bil utiliti etc.
🧵4/7
4) Skills & experience
Semakin banyak dan complex skills dan experience anda dalam kerja-kerja design, semakin tinggi harga anda.
Keypoint: anda boleh ukur skills dan pengalaman anda melalui masalah-masalah klien yang berjaya anda selesaikan.
🧵5/7
5) Belajar skill negosiasi
Negotiate with your clients. Pada awalnya anda boleh berikan harga yang agak tinggi, kemudian discuss dengan klien sekiranya harga tersebut reasonable/tidak.
Be open & flexible. Yang penting, kedua-dua pihak puas hati.
🧵6/7
Harapnya 5 tips ini sedikit sebanyak membantu anda untuk belajar meletakkan harga dan value pada kerja-kerja design anda.
Banyak faktor yang perlu anda ambil kira, tetapi yang penting adalah anda sendiri yang tahu value apa yang anda mahu offer pada klien.
🧵7/7
BACA: Ilustrasi Grafik Haiwan Di KLCC Ini Sebenarnya Hasil Kerja Anak Muda Tempatan
Sumber: Inche Faris
Trending now



