Pengutip Sampah Sedekah Ibadah Korban 1

5 Tahun Kumpul Duit, Pengutip Sampah Berjaya Sedekah RM2,920 Untuk Ibadah Korban

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah seorang pengutip sampah warga emas di Lombok, Indonesia yang mendermakan sebanyak 10 juta rupiah (RM2,920) untuk ibadah korban Hari Raya AidilAdha baru-baru ini cukup menyentuh semua yang mendengar.

Beliau yang mesra dengan panggilan Nenek Sahnun hidup sebatang kara dan sering menumpang tidur di sebuah gerai menyara kehidupan dengan menjual hasil kutipan sampah setiap hari.

Pengutip Sampah Sedekah Ibadah Korban

Pendapatan harian yang diperoleh antara 20 ribu rupiah (RM5.84) hingga 50 ribu rupiah (RM14.60) disimpan selama lima tahun sebelum disedekahkan kepada petugas masjid untuk ibadah korban.

Biarpun sering berpenampilan lusuh, Nenek Sahnun disifatkan oleh penduduk tempatan sebagai seorang yang baik, jujur dan ikhlas. Hasil derma daripada Nenek Sahnun membolehkan para petugas masjid untuk membeli seekor lembu bersaiz sederhana.

Tonton kisah penuh di pautan video di bawah.

 

Tak cukup Malaysialah anda kalau tak pernah rasa keropok durian lejen ini.

Mat Salleh elak makan keropok Durian

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.