
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton ‘Prison Playbook’
Biarpun sudah tiga tahun berlalu, drama Korea Prison Playbook tetap menjadi pilihan untuk penonton mengulang tontonan.
Membawa genre komedi gelap (black comedy), Prison Playbook menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Park Hae-soo, Jung Kyung-ho, Jung Krystal, Jung Woong-in, Park Ho-san dan Choi Moo-sung.
BACA: Tak Popular Tapi Menarik, Ini 5 Drama Korea 2020 Yang Boleh Anda Tonton Tanpa Rasa Menyesal
Diarahkan oleh pengarah siri Reply, Shin Won-ho yang menjadi trending, di sini kami senaraikan lima sebab mengapa drama ini perlu anda tonton.
1. Plot cerita yang menarik
Kim Je-hyeok (lakonan Park Hae-soo) merupakan pembaling (pitcher) tangan kiri yang terkenal. Namun kerana menyelamatkan adiknya daripada menjadi mangsa jenayah, beliau disabitkan kesalahan dan dimasukkan ke dalam penjara.
Di penjara, Je-hyeok yang cuba mengadaptasi dengan kehidupan baharunya bertemu dengan pelbagai jenis manusia termasuklah peminatnya.
Dan sana juga, beliau bertemu semula dengan rakan baiknya yang sudah lama menghilangkan diri, Lee Joon-ho (lakonan Jung Kyung-ho) yang menjadi warden di sana.
Secara peribadi, plot drama ini dikembangkan dengan baik. Kronologi yang tersusun ditambah dengan elemen serta mesej yang ingin disampaikan berjaya buat penonton menikmati drama ini.
2. Barisan pelakon hebat
Tidak dinafikan dek kerana pemilihan pelakon yang tepat menjadikan drama Prison Playbook berbaloi untuk anda tonton.
Rata-rata para pelakon drama ini mempunyai latar belakang daripada bidang lakonan teater, disebabkan saling mengenali tidak sukar untuk mereka membina kimia antara satu sama lain.
3. Bloopers yang menarik dan kelakar
Bloopers yang menarik dan kelakar juga sebenarnya menjadi punca mengapa penonton tidak jemu menonton drama ini. Daripada bloopers, penonton dapat melihat bagaimana para pelakon melakonkan sesuatu babak yang kadangkala boleh menyebabkan penonton ‘pecah perut’ ketawa.
4. Perwatakan unik setiap watak
Setiap karakter memiliki keunikannya yang tersendiri. Sebagai contoh, watak Looney (lakonan Lee Kyu-hyung) dan KAIST (lakonan Park Ho-san) yang sentiasa bercakaran sering kali didamaikan oleh ahli sel yang lain.
KAIST sentiasa diprovok Looney yang dipenjarakan kerana kesalahan dadah menjadikan jalan cerita Prison Playbook lebih kelakar untuk ditonton. Setiap episod, pastinya penonton tidak sabar menantikan apa yang lagi aksi yang akan ditunjukkan oleh dua watak ini.
https://www.youtube.com/watch?v=2XlMOLqZCLY
5. OST
OST yang sedap dan kena dengan cerita menjadikan Prison Playbook menjadi lebih real untuk ditonton. Yang paling kena dengan tema drama black comedy ialah nyanyian BewhY – OK.
Anda kini sudah boleh tonton PRISON PLAYBOOK di Netflix.