li ka shing

5 Nasihat Lelaki Terkaya Di Asia Untuk Yang Berpendapatan RM2,000

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda, siapakah lelaki terkaya di Asia? Jawapannya ialah Li Ka Shing. Beliau merupakan seorang taikun perniagaan, pelabur dan juga dermawan yang terkenal di Hong Kong. Kekayaan beliau dianggarkan mencecah USD$29.4 billion.

Mohd Saiful Nizzam, dalam hantarannya di Facebook telah berkongsi tentang nasihat yang disampaikan oleh lelaki terkaya di Asia ini. Jom kita ikuti nasihat beliau.

5 nasihat lelaki terkaya di Asia kepada mereka yang berpendapatan RM2,000.

Li Ka Shing yang berasal dari Guangdong, China menyarankan anak muda untuk membahagikan pendapatan mereka kepada 5 bahagian.

1- Belanja untuk sara hidup:

Maksimum RM600 untuk keperluan hidup dan mesti belajar berjimat cermat.

2- Belanja untuk bina rangkaian kawan-kawan:

Total RM400 sebulan. RM100 untuk telefon mereka yang lebih berilmu untuk sesi mengopi. RM300 pula digunakan untuk belanja 3 orang ini minum / makan (RM 100 seorang).

3- Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu:

Beli buku atau sertai seminar untuk tambahkan ilmu pengetahuan serta tingkatkan kemahiran diri. Bajet sebulan RM 300.

4- Belanja untuk melancong ke luar negara:

Peruntukan RM200 sebulan —> RM2,400 setahun.

Keluar berjalan ke negara luar setahun sekali untuk mencari ilmu, idea untuk kemajuan diri dan kerjaya.

luca-bravo-O453M2Liufs-unsplash

5- Simpanan:

RM500 untuk simpan dan bank atau institusi yang susah untuk kita keluarkan duit. Ini sebagai pelaburan untuk modal bisnes bila diperlukan nanti.

Moga bermanfaat.

BACA: Elon Musk – Terkaya Di Dunia Tapi Hidup ‘Simple’, Hanya Menumpang Di Rumah Member

Sumber: Mohd Saiful Nizzam