5 Kesalahan Yang Mungkin Anda Tidak Sedar Ketika Mengecas Telefon

Kesalahan Caj Telefon

Kesalahan Yang Mungkin Anda Tidak Sedar Ketika Mengecas Telefon.

Berbanding telefon biasa, telefon pintar memakan banyak tenaga bateri lebih-lebih lagi ketika melayari Internet untuk membuka media sosial peribadi atau menonton video di laman YouTube. Akibatnya, kita semua akan berulang kali mengecas telefon kerana kehabisan bateri.

Namun, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pengguna telefon pintar ketika mengecas telefon sehingga boleh memudaratkan ketahanan bateri.

Antara lima kesalahan yang sering kali dilakukan semasa mengecas telefon pintar:

1. Terlalu bergantung pada power bank

Rata-rata, masyarakat dunia hari ini memiliki power bank masing-masing. Power bank dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada.

Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.

Alasannya, power bank yang mudah alih atau portable lebih berisiko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.

Kesalahan Caj Telefon

2. Guna pengecas sembarangan

Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ia tidak bermakna anda perlu sesuka hati menggunakan sebarang pengecas. Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat.

Memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon anda.

3. Tidak segera mengecas telefon

Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama disebabkan kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya.

Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.

Jadi, sel-sel mati dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya. Justeru, anda disyorkan untuk menyegerakan mengecas telefon apabila bateri berada diparas 15 hingga 35 peratus.

4. Mengisi bateri lebih lama dari waktu yang diperlukan

Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasaan ini.

Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.

Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus. Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimum apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.

5. Caj telefon melalui laptop

Ramai yang suka caj telefon melalui laptop. Perkara ini salah sebenarnya. Walaupun nak cepat dan mudah, tapi ia akan menyebabkan kerosakan kepada peranti berkenaan.

Semoga ia berguna dan bermanfaat untuk diamalkan kepada pembaca.

Sumber: Agensi