
5 K-Drama Paling Ditunggu Untuk Tahun 2021
Belum lagi bermula tahun 2021, ada beberapa buah K-Drama yang sudah pun menjadi sebutan peminat filem/drama dari negara tersebut.
Rata-ratanya jelas tidak sabar menyaksikan pelakon kesukaan mereka kembali beraksi di kaca televisyen.
BACA: Tak Popular Tapi Menarik, Ini 5 Drama Korea 2020 Yang Boleh Anda Tonton Tanpa Rasa Menyesal
Di sini kami senaraikan lima K-Drama yang paling dinantikan peminat filem/drama K-Drama untuk tahun 2021.
Menampilkan Jun Ji-hyun dan Ju Ji-hoon sebagai barisan pelakon utama, drama 16 episod ini mengisahkan mengenai misteri yang menyelubungi Gurung Jiri.

Masih lagi tidak diketahui bilakah tarikh sebenar tayangannya, drama ini dinantikan penonton bukan sahaja kerana barisan pelakonnya tetapi juga kerana ia ditulis penulis skrip drama Kingdom dan Signal iaitu Kim Eun-hee.
2. Red Sky
Mengetengahkan latar belakan era Joseon, drama 16 episod ini mengisahkan mengenai seorang pelukis genius, Hong Cheon Ki (Lakonan Kim Yoo-jung) yang dipilih sebagai pelukis wanita pertama di Akademi Lukisan Diraja Korea.
Pada satu hari, beliau berjumpa dan jatuh cinta dengan Ha Ram (lakonan Ahn Hyo Seop), seorang pekerja buta di Seowoongwan yang ditugaskan dalam bidang astronomi, geografi dan meteorologi.
Diadaptasi daripada novel Hong Chun Gi oleh Jang Eun Gwol yang juga merupakan penulis novel Sungkyunkwan Scandal dan The Moon Embracing the Son, drama ini diarakan oleh Jang Tae Yoo yang terkenal dengan drama hits My Love from The Star, Hyena dan War of Money.
3. Voice Musim 4
Adalah sesuatu yang rare untuk drama Korea disambung ke musim kedua. Namun dengan kejayaan siri drama Voice yang sudah masuk musim ke-4, ini bermakna memang ada sesuatu yang menjadikan ianya tak rugi untuk ditonton.
Masih membawa konsep yang sama seperti musim sebelumnya, Voice mengisahkan mengenai kakitangan yang bekerja di pusat talian kecemasan 12 yang mana di sana adanya kumpulan ‘Golden Time’ yang bekerja untuk menyelamatkan mangsa dalam tempoh masa tertentu sebelum mangsa mungkin dibunuh.

4. Hospital Playslist Musim 2
Susulan kejayaan musim pertama, Hospital Playlist akan datang dengan musim kedua pada tahun 2021.
Mengisahkan mengenai persahabatan lima orang doktor yang bekerja di hospital sama, drama ini masih lagi dibarisi pelakon utama yang sama iaitu Jo Jung Suk, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho, Kim Dae Myung dan Jeon Mi Do.
5. Snowdrop
Siri ini antara yang paling ramai menjadi bualan di media sosial kerana menampilkan Jisoo, ahli kumpulan BLACKPINK sebagai watak utama disamping pelakon kacak Jung Hae-In.
Bukan itu sahaja, kolaborasi penulis dan pengarah adalah orang yang sama daripada drama Korea dengan rating kedua tertinggi, Sky Castle.