
5 Filem Paling Seram Di Dunia Yang Boleh Buat Anda Tak Senang Duduk
Ada di antara kita yang gemar menonton filem seram, walaupun takut. Bagi mereka, filem seram seakan satu terapi yang boleh melepaskan segala tekanan yang dialami. Kalau anda peminat filem seram, filem paling seram apa yang pernah anda tonton?
BACA: Peminat Genre Seram Berpotensi Jadi ‘Psychopath’
Filem seram atau juga dipanggil sebagai filem thriller merupakan filem yang boleh menimbulkan rasa takut, terkejut dalam masa yang sama rasa teruja dan tertanya-tanya dalam diri penonton.
Untuk mereka yang gemarkan genre ini, kami ada lima cadangan filem seram yang boleh anda tonton pada hujung minggu ini. Yang pasti boleh membuatkan anda tak senang duduk.
1. The Texas Chainsaw Massacre (1974)
Filem Amerika Syarikat ini mengisahkan mengenai seorang perempuan, Sally Hardesty bersama rakan-rakannya yang menyiasat mengenai laporan vandalisme dan rompakan kubur.
Dalam perjalanan ke rumah ladang lama milik keluarga Sally, mereka bertemu dengan sekumpulan orang gila. Satu demi satu mereka diserang oleh Leatherface yang memakai topeng yang diperbuat daripada kulit manusia dengan menggunakan gergaji besi sebagai senjata. Untuk menyelamatkan diri, mereka terpaksa melakukan apa yang termampu.
Populariti filem ini sehingga ke hari ini masih lagi belum terpadam kemudiannya beberapa kali diremake antaranya pada tahun 2003. Kalau anda betul pencinta filem seram, tak lengkap lagi keahlian anda sekiranya filem ini belum ditonton.
Tonton sedutan filem ini di bawah:
2. The Evil Dead (1981)
Filem ini mengisahkan mengenai perjalanan Ash bersama teman wanita dan rakan-rakannya yang mengembara ke dalam hutan untuk beruti di sebuah kabin.
Di sana, mereka menemui sebuah buku lama, Necronomicon yang mana boleh membangunkan semula mereka yang sudah meninggal dunia jika ianya dibaca dengan luat.
Tanpa sengaja rakan-rakan Ash telah menyeruroh-roh tersebut dan Ash menjadi saksi mereka dirasuk. Beliau mesti membuat keputusan untuk menyelamatkan dirinya sebelum matahari pagi terbit.
Tiga siri original Evil Dead :
- The Evil Dead (1981),
- Evil Dead II (1987),
- Army of Darkness (1992)
Dua siri reboot
- Evil Dead (2013)
- Evil Dead Rise (TBA)
Filem pendek – Within the Woods (1978)
Siri televisyen – Ash vs Evil Dead (2015–2018)
Muzikal – Evil Dead (2003–2019)
3. The Exorcist (1973)
Diambil daripada kisah sebenar, filem The Exorcist bermula apabila seorang kanak-kanak, Regan mula berkelakuan ganjil sehingga menyebabkan ibunya merasa risau.
Apabila meminta pertolongan perubatan saintifik, mereka hanya menemui jalan buntu. Seorang paderi berpendapat Regan mungkin dirasuk syaitan dan meminta keizinan daripada ibu Regan untuk melakukan upacara mengusir syaitan.
4. Psyco (1960)
kisah bermula apabila setiausaha Pheonix, Marion Crane telah mencuri USD40,000 daripada majikannya untuk melarikan diri bersama teman lelakinya Sam Loomis telah singgah di sebuah motel.
Walaupun filem ini hanya menggunakan latar visual hitam putih dan storyline yang mudah, format filem Psycho tetap termasuk dalam sebuah filem yang inovatif dan berevolusi.
Ada beberapa babak filem yang boleh membuatkan penonton terbayang-bayang kengeriannya selepas menonton, antaranya babak bayang di sebalik tirai bilik mandi.
5. The Shining (1980)
Filem psikologi seram ini mengisahkan mengenai Jack yang menjadi pengasuh musim sejuk di Overlook Hotel, sebuah hotel terpencil di Colorado. Beliau tinggal bersama isteri dan anaknya yang mengalami gangguan firasat psikik.
Jack kemudiannya menemui sisi gelap hotel tersebut dan mula membongkar siri pembunuhan beramai-ramai yang menjadikan keluarganya sebagai target.
Yang terbaharu, saintis dari Britain mendedahkan mereka telah menemui sebuah filem paling seram sepanjang aman selepas menyelidik dengan objektif-objektif yang ditentukan, iaitu Sinister (2012).
Sinister mengisahkan mengenai Ellison, seorang penulis novel jenayah yang terkenal. Namun beliau mengalami kekurangan idea semasa dalam proses penulisan buku terbaharunya.
Untuk mendapatkan inspirasi, Ellison telah berpindah ke sebuah rumah yang mana di situ beliau temui satu kotak yang dipenuhi dengan rakaman video pembunuhan beberapa keluarga.
Dalam setiap rakaman video, pastinya akan kelihatan satu makhluk aneh yang perlu makan kanak-kanak untuk tetap hidup. Daripada situ beliau sedar keluarga sedang berada dalam bahaya.
Trending now



