
5 Filem Menarik Untuk Kanak-Kanak Tonton Wayang Sempena Cuti Sekolah
Musim cuti sekolah bagi tahun 2019 sudah tiba. Jadi, apakah perancangan ibu bapa untuk memenuhi aktiviti harian keluarga sepanjang cuti ini?
Salah satu aktiviti yang boleh dibuat adalah dengan meluangkan masa bersama menonton wayang! Musim cuti sekolah kali ini sedang dan bakal menayangkan filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kami senaraikan lima filem untuk anda pilih.
1. Frozen 2 (sedang ditayangkan)
Fenomena Frozen pertama membawa ke filem keduanya yang sedang ditayangkan di seluruh pawagam dunia. Animasi ini mengisahkan seorang ratu yang memiliki kuasa ais bersama adiknya mengembara demi menyelamatkan kerajaan mereka.
Jika anda belum membawa anak-anak pergi menonton filem ini, masih belum terlambat kerana penangannya masih terasa sehingga kini.
2. Ejen Ali: The Movie (28 November)
Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang secara tidak sengaja terikat dengan peranti perisikan IRIS milik agensi pengintip, MATA. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa itu.
Jika seluruh dunia menantikan filem Frozen 2, berlainan pula di Malaysia yang rata-ratanya menanti Ejen Ali.
3. Jumanji: The Next Level (5 Disember)
Ia adalah sambungan daripada Jumanji: Welcome To The Jungle – Spencer telah menyimpan serpihan permainan video Jumanji yang mereka pecahkan setelah terselamat daripada permainan itu. Suatu hari, rakan-rakan Spencer pergi berjumpa dengannya dan mendapati dia telah hilang dan permainan Jumanji sedang berjalan. Mereka kemudian membuat keputusan untuk kembali dalam permainan tersebut.
4. Shaun The Sheep Movie 2: Farmageddon (12 Disember)
Di Ladang Mossy Bottom, Shaun dan kambing-kambing lain berdepan dengan musuh baharu. Mereka perlu melindungi ladang itu daripada ditakluki oleh makluk asing jahat.
5. Spies In Disguise (25 Disember)
Lance Sterling (Will Smith) adalah pengintip terhebat dunia. Apabila satu kejadian tidak dijangka berlaku, ia mengancam seluruh dunia yang kini berada dalam bahaya. Kini semua bergantung kepada Lance untuk menyelamatkan dunia dengan bantuan Walter (Tom Holland), seorang pencipta gajet genius sepanjang misi Lance. Misi semakin mencabar apabila Walter memberi cecair eksperimen kepada Lance untuk diminum, dia bertukar menjadi seekor burung!
Sumber: The Star