
5 Filem/Drama Terbaik Lakonan Ozcan Deniz, Jejaka Turki ‘Terlaris’ Di Malaysia Ketika Ini
Sejak minggu lalu, filem lakonan dan arahan Ozcan Deniz, Water and Fire menjadi buah mulut rakyat Malaysia.
Selain daripada lakonan, pastinya gaya Ozcan yang memancarkan aura maskulin menjadi perhatian, biarpun usianya sudah mencecah 49 tahun.

Di sini kami senarai beberapa filem/drama terbaik lakonan beliau yang boleh anda tonton:
1. Istanbullu Gelin/ Bride of Istanbul (2017)
Jika anda sanggup bermaraton, siri televisyen Bride of Istanbul adalah wajib untuk anda tonton.
Memiliki tiga musim, drama 87 episod yang berakhir pada 2019 ini mengisahkan mengenai Sureyya, seorang penyanyi yang cantik dan muda terlibat dalam konflik keluarga Boran.
Dalam siri ini, Ozcan berperanan sebagai Faruk Boran, pemilik syarikat pengangkutan yang berkawin dengan Sureyya, lakonan oleh Asli Enver.
2. Where’s Firuze? (2004)
Filem dengan genre komedi ini menampilkan Ozcan berperanan sebagai Ferhat, seorang pemuzik yang siap merekodkan lagunya di studio.
Namun dek kekangan ekonomi, kerjanya tidak dapat dilancarkan. Pelbagai usaha dilakukan mereka sehinggalah mereka menerima tawaran daripada seorang wanita bernama Firuze yang mahu membantunya menjadi terkenal.
Tetapi, bila tiba hari yang dinantikan, Firuze tidak muncul.
Di mana Firuze?
3. Senkron/ Synchronous (2021)
Sekron merupaksiri sains fiksyen yang mempersoalkan dunia yang kita tinggal sekarang dengan memberi tumpuan kepada peristiwa luar biasa yang telah berubah dalam kehidupan pasangan.
Menariknya, filem ini bukan sahaja menampilkan gandingan Ozcan bersama bekas isterinya, Feyza Aktan tetapi juga bersama anaknya iaitu Kuzey Deniz.
Pada awalnya, judul ini hanyalah untuk sebuah filem, namun berubah menjadi siri selepas Ozcan mengubahnya di rumah dengan cara yang sendiri.
4. Oteki Taraf (2017)
Filem ini menampilkan Ozcan sebagai seorang lelaki yang memiliki segalanya bersama kekasihnya, Ece. Namun secara tiba-tiba, bekas kekasihnya muncul dengan tawaran kerja yang tidak dapat beliau tolak.
5. Water and Fire (2013)
Diarahkan sendiri oleh Ozcan, skrip filem ditulis sendiri beliau bersama Avni Tuna Dilligil ini juga dibintangi oleh beliau sendiri selain daripada Yasemin Allen, Kaan Cakir, Pelin Akil dan ramai lagi.
Dengan genre pencintaan dan drama, filem mengisahkan mengenai Hasmet, seorang ketua kongsi gelap melarikan diri ke London untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Di dalam kapal terbang, Hasmet yang bertemu dengan Yagmur, seorang wanita muda yang naif dan kemudiannya jatuh cinta bersamanya.
Baca lanjut: Filem Turki ‘Water & Fire’ Yang Trending Di Media Sosial
Trending now



