
5 Cerita Wajib Tonton Disney+ Hotstar
Disney+ Hotstar boleh mula dilanggan mulai hari ini, 1 Jun 2021.
Kepada anda yang ternanti-nanti akan platform penstriman terbaru di Malaysia ini, pasti teruja untuk menontonnya.
Platform yang diurus oleh Hotstar ini bakal membawa masuk rancangan tanpa batasan dari Disney, Marvel, Star Wars, National Geographic dan pelbagai kandungan menarik lagi untuk semua peringkat umur.
Mari kami senaraikan 5 rancangan wajib anda tonton dalam platform Disney+ Hotstar.
1. WandaVision
WandaVision adalah siri TV pertama Disney/Marvel yang berlaku dalam dunia MCU yang sama dengan filem.
Siri TV ini adalah pemula untuk fasa yang lebih besar dan berada di luar jangkaan untuk perkembangan cerita dalam dunia MCU.
2. Avengers
Anda peminat susah mati dunia MCU? Wajib untuk anda tonton kesemua kronologi cerita yang berkaitan dengan Avengers.
Anda akan merasai pengalaman menonton siri Avengers mengikut sela masa yang anda suka dan dapat membuat kaitan antara satu cerita dengan cerita yang lain.
3. Star Wars Mandalorian
Kepada yang tidak pernah mengikuti siri Star Wars, ini cerita yang sesuai untuk anda.
Anda tidak perlu mengenali kesemua jalan cerita Star Wars yang telah berlangsung selama 9 episod di filem. Dengan menonton Star Wars Mandalorian, anda pasti data memahami tentang dunia Star Wars dengan lebih Mudah.
4. Frozen
Animasi Disney yang boleh dikatakan amat berjaya kerana mampu menarik minat jutaan kanak-kanak di dunia mengikutinya.
Jika anda mempunyai anak kecil yang belum pernah menonton filem animasi ini, Frozen adalah satu cerita wajib tonton!
5. J2: J Retribusi
Selain filem antarabangsa, filem-filem daripada Malaysia turut ditayangkan di platform Disney+ Hotstar ini.
Merupakan cerita kesinambungan daripada filem sebelumnya J Revolusi, pasti anda ingin melihat sambungan daripada kisah sebelumnya. Yang pasti, mesti padat dengan aksi!
Macam mana? Sudan teruja unduk menonton platform penstriman Disney+ Hotstar sampai lebam? Hanya RM54.90 selama 3 bulan, pasti amat berbaloi! Langgan di sini.