
5 Cara Paling Mudah Untuk Jana Pendapatan Dengan TikTok Yang Semua Orang Boleh Buat
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didapati semakin ramai golongan muda menjadi kaya-raya hanya dengan membuat konten di TikTok.
Nama-nama seperti Zach King, Addison Rae, Bella Poarch, Charli D’Amelio dan Khaby Lame sangat dikagumi kerana berupaya mencipta konten yang kreatif dan menarik sehingga berjaya mengumpul jumlah pengikut yang sangat ramai.
Bagi mereka yang ingin mencipta kemasyhuran dan turut menjadi jutawan media sosial, dikongsikan 5 cara mudah berikut oleh Mohd Fhais Salim di Facebooknya yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dengan menggunakan TikTok:
5 cara mudah jana income di TikTok yang ramai tak tahu…
Ini real case ada seorang TikToker yang dah berjaya jana income lebih 10,000 sebulan di TikTok.
Kena buat la baru tahu sendiri…
1) Affiliate
Tak perlu modal pun, guna je affiliate ni.. ada banyak peniaga yang jual produk mereka dan mencari affiliate untuk pasarkan.
Yang bestnya, jadi affiliate korang boleh dapat produk percuma. Serius mereka bagi free je dengan syarat kena review.
2) TikTok Shop
Jika korang ada produk boleh buka akaun TikTok Shop sendiri. Buat masa ni produk fizikal sahaja yang dibenarkan.
Buka TikTok Shop percuma, dan korang pun boleh cari affiliate untuk pasarkan. Orang kata sales di TikTok Shop ni laju, Shopee pun takut sekarang..
3) Paid Review
Selain tu ada banyak jenama besar yang mencari TikToker untuk buat review produk mereka. Lagi banyak follower korang dan konten agak kena niche dengan produk mereka, ada yang sanggup bayar 500-1000 ringgit untuk buat review 1 produk tau.. masyuk!
4) Live Gift
Cukup 1000 follower di TikTok dah boleh buat live. Dalam live tu korang share je la apa-apa tips, info, ilmu asalkan ada value.
Dari live tu jika orang suka mereka boleh bagi gift dan semua tu ada nilai. Dalam USD tau bukan RM, lagi banyak gift lagi banyak la incomenya..
5) Video Gift
Ini feature baru.. setiap video yang kita buat dan upload di TikTok orang pun boleh bagi gift macam masa live tu.
Buat je video yang best, kelakar, ada nilai atau boleh buat orang tergerak nak bagi gift. Dah dapat jana income. Tak susah pun, kena buat je dulu..
Tak tahu nak buat konten apa?
Di link ini ada jawapannya.. semua siap tutorial macam mana nak capai 1 juta follower pertama di TikTok. Proven method dari orang yang ada follower 2.2 juta tau..
https://tekniktiktok.com/order/form/sf01-0711/ILHAM
Jalan dah ada, contoh dah ada, cara nak buat pun dah ada. Selebihnya usaha kena kuat..
Semoga berjaya..
BACA: Tak Perlu Sambung Belajar, Buat Konten TikTok Pun Boleh Kaya-Raya? Ini Nasihat Untuk Adik-Adik
Sumber: Mohd Fhais Salim