5 Bendera Negara Yang Unik Tapi Paling Susah Untuk Dilukis

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: The Patriots

Dalam banyak-banyak negara, Malaysia merupakan negara yang tersenarai sebagai bendera yang agak senang dilukis dan dikenal pasti kerana coraknya yang mudah diingati.

Hormati Jalur Gemilang, Sayangi Malaysia β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Posted by ODISI on Wednesday, August 21, 2019

BACA:Β Guna Simbol Bintang 5 Bucu, Persatuan Taekwondo Ini Dakwa Ianya Bukan Bendera Tapi Logo

Namun disebabkan terlalu banyak isu ‘tersalah’ lukis bendera Malaysia pada masa kini, kami senaraikan beberapa bendera negara yang amat sukar dilukis kerana coraknya yang boleh dikatakan sangatΒ complicated.

1. Bhutan

Walaupun hanya menggunakan dua warna sahaja, tetapi corak naga di tengah bendera agak mustahil dilukis bagi mereka yang agak kayu dalam seni.

Naga menjadi lambang negara Bhutan, manakala kuning mewakili kuasa raja, putih pula kesucian dan kesetiaan dan buah oren adalah simbol daripada biara Drukpa.

Bendera Negara Yang Susah

2. Afghanistan

Dihiasi dengan tiga warna iaitu hitam, merah dan hijau dalam keadaan menegak, bendera Afghanistan membawa imej masjid berwarna putih yang melambangkan mereka sebagai negara Islam dan menampilkan tulisan takbir Allahu Akbar (Tuhan Maha Besar).

Bendera Negara Yang Susah 1

3. Mexico

Hampir sama dengan Afghanistan, bendera Mexico menggunakan warna putih, merah dan hijau secara menegak yang mana di bahagian tengah bendera akan dihiasi dengan corak ‘helang makan ular’ di atas tumbuhan seakan pokok kaktus.

Bendera Negara Yang Susah 2

4. Mozambique (Afrika)

Terdiri daripada tiga warna iaitu hijau, hitam dengan sempadan putih dan kuning, terdapat segi tigaΒ isoscelesΒ merah di bahagian kiri. Manakala di bahagian atas segi tiga ialah bintang lima berujung kuning dengan logo buku dan senapang AK-47 serta cangkul yang diletakkan pada laras tengah.

Membawa simbol keamanan, benua Afrika, mineral tanah dan perjuangan kemerdekaan, logo buku, senapang melambangkan kewaspadaan dan pertahanan, peranan penting pendidikan serta cangkul merujuk kepada aset pertanian negara.

Bendera Negara Yang Susah 3

5. Kemboja

Terlihat mudah namun binaan Angkor Wat di tengah di tengah bendera mampu membuatkan anda pening kepala mahu melukiskannya. Melalui beberapa siri pertukaran, setakat ini sudah ada sembilan jenis lukisan Kemboja mengikut kerajaan terdahulu.

Bendera Negara Yang Susah 4

Untuk lihat lain-lain senarai bendera negara yang unik tetapi susah dilukis, anda bolehlah lawat laman Twitter INI.

Cuba bayangkan, bendera Malaysia yang mudah pun ramai suka ‘tersalah’ lukis, apatah lagi jika bendera Malaysia sesukar corak bendera di atas.

 

Ada yang pernah main permainan video ini?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.