
5 Aktiviti Tanpa Gajet Yang Boleh Guru Anjurkan Untuk Pelajar Lepasan UPSR
Minggu pertama dan kedua bulan September ini merupakan minggu debaran untuk pelajar Tahun 6 kerana menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Apabila berakhirnya peperiksan UPSR tentunya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka selepas bertungkus lumus melakukan pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal demi meraih keputusan cemerlang.
Bagi pelajar Tahun 6, habis peperiksaan dirasakan seakan tamatnya alam persekolah rendah mereka. Jadi, kebanyakan pelajar akan menghabiskan masa dengan aktiviti yang mereka hentikan seketika seperti bermain permainan video dan menonton televisyen.
Tidak hanya aktiviti itu sahaja mereka lakukan, pelajar-pelajar ini juga boleh manfaatkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang menjana minda atau persediaan untuk memasuki sekolah menengah.
Untuk guru-guru yang belum merancang aktiviti pelajar mereka selepas UPSR, ini antara aktiviti yang boleh anda pertimbangkan.
1. Memasak
Aktiviti memasak bukan sahaja untuk perempuan, malah lelaki juga perlu. Boleh mengajar memasak menu ringkas dan menarik seperti membuat sushi, sadwic, menghias kek cawan dan lain-lain. Aktiviti memasak ini boleh dikembangkan menjadi pertandingan.
2. Berkebun
Ajar pelajar menanam dalam botol atau pasu kecil. Tanamannya pula mestilah sayur-sayuran kecil seperti daun ketumbar, daun bawang dan daun pudina. Hasil tanaman itu boleh dibawa pulang beri kepada ibu bapa.
3. Pertandingan Mencari Bakat
Pasti ramai pelajar yang teruja untuk sertai pertandingan ini. Bakat yang ingin dipersembahkan boeh dipelbagaikan seperti menyanyi, menari, pelawak, rapper dan sebagainya.
4. Pertandingan Beyblade
Pertandingan ini pasti mengujakan para pelajar lelaki. Mereka boleh membawa koleksi masing-masing dan tonjolkan kemahiran mereka berentap.

5. Aktiviti Kerohanian
Untuk pelajar agama Islam, guru-guru boleh mengadakan aktiviti kerohanian seperti amali sembelihan, bengkel pengurusan jenazah dan bengkel mantapkan ibadah solat. Sekurang-kurangnya pelajar mendapat sedikit ilmu akhirat untuk dibawa apabila memasuki sekolah menengah.
Contoh aktiviti lain yang boleh dibuat ialah aktiviti treasure hunt, sukaneka dan ceramah pendedahan tentang subjek sekolah menengah. Dengan adanya aktiviti seumpama ini, pelajar tidak lagi boeh memberi alasan bahawa tiada aktiviti dijalankan di sekolah selepas habis musim peperiksaan.